home Construction PROSES PEMBINAAN PONDOK SYURGA UNTUK PAK SUMAN

PROSES PEMBINAAN PONDOK SYURGA UNTUK PAK SUMAN

PROSES PEMBINAAN PONDOK SYURGA UNTUK PAK SUMAN

SULAWESI BARAT _ 15 April 2019 | Tadi mendapatkan perkhabaran daripada Abang Solihin koordinator pimpinan sukarelawan kita di Tanah SULBAR berkenaan seorang asnaf di bawah seliaan kita telah di minta pindah dari tapak rumah yang ditumpanginya. Sukarelawan bertungkus lumus merobohkan rumah tersebut dan mengumpul kayu dan papan yang masih boleh digunakan.

Atap daun nipah sudah hancur dan perlu ditukarkan kepada zink. Alhamdulillah ada hamba Allah daripada sukarelawan menyumbang untuk tenaga dan membeli zink baru. Pertolongan Tuhan juga datang tepat pada waktunya untuk Pak Suman lelaki tua uzur yang tinggal sebatang kara apabila seorang hamba Allah mewakafkan tanahnya untuk membina rumah baru Pak Suman yang akan dibina oleh sukarelawan kami.

Terima kasih ya Allah mempertemukan kami manusia-manusia luar biasa untuk terus menyebarkan kasih sayang di bumi mu. Kami terpisah lautan tapi bukan penghalang untuk terus menyebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *