home Third Force DUKA HARI TUA CIK YAH PAK MAN

DUKA HARI TUA CIK YAH PAK MAN

DUKA HARI TUA CIK YAH PAK MAN

Hanya tinggal berdua.. Cik Yah sakit saraf menyebabkan tak boleh berdiri.. suaminya Pok Man pula lumpuh. Akhir usia mereka hanya dihabiskan atas tilam usang.. besar sunggh ujian mereka.. kedua-duanya sakit..

sejak Pok Man Lumpuh sebelah badan 3 tahun lalu, mereka hilang punca pencarian..sekarang hanya mengharap belas ihsan orang ramai beri bantuan dan sumbangan.

Terima kasih kepada seorang anak muda ..namanya Qobil.. Cik yah selalu sebut-sebut namanya … datang setiap hari bantunya …beli makanan dan ubat…basuh kain..jemur kain..sapu sampah..buang sampah..buang drypers dan lain2 lagi… Hebat sungguh anak muda ini.

Keajaiban Allah sungguh melihat bagaimana disaat semuanya begitu sukar Allah datangkan anak muda seperti Qabil. Tapi Qabil juga perlu keluar bekerja. Sekadar bekerja kampung mencari rezeki.

Terima kasih kepada pihak JKM atas bantuan sara hidup pesakit terlantar RM350 setiap bulan untuk Pak Man. Pun begitu, jumlahnya jauh dari mencukupi utk menampung keperluan harian mereka berdua pastinya. Sukarelawan thirdforce yang menziarahi atuk dan nenek ini sempat menyampaikan pek ramadan yg kalian semua sumbangkan.

Abangraja merancang untuk pasang grill pintu rumah atuk dan nenek ini supaya mereka boleh bukak pintu waktu siang dan kunci grill. Risau sungguh mereka bila takde grill pintu bimbang kalau-kalau budak-budak pil kuda atau pencuri dan penjenayah masuk dalam rumah. Jika ada grill mereka kata bolehlah mereka bukak pintu waktu siang dan kunci grill. Dapatlah angin luar masuk dalam rumah. Kesian sungguh melihat warga emas ni terperap dlm rumah kepanasan dengan pintu tertutup.

Ayuh kita hulurkan sumbangan pada mereka, boleh juga bagi zakat.. Pok Man dalam katogori asnaf.. dia muallaf dari Bangkok..bermustautin di sini hampir 40 tahun. Isterinya rakyat tempatan.

Ini ladang pahala kita semua.. mana-mana yang nak menyumbang atau hulur zakat boleh hubungi saya dengan tekan link dibawah

Whatsapp : https://bit.ly/2Ju0TiI

Ali Mohamad
Sukarelawan Thirdforce
12 Mei 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *