home Construction PONDOK SYURGA ATUK MAT DIMULAKAN

PONDOK SYURGA ATUK MAT DIMULAKAN

Semalam baru saja kita lancarkan projek pembinaan Pondok Syurga Atuk untuk Pakcik Mat di Sg Tias petang ni lori bawa bahan binaan sudah sampai membawa barang binaan.

Walaupun sumbangan awam belum mencukupi tapi abangraja kata terus kan lah saja prmbinaan rumah pakcik mat sebab faktor keselamatan bimbang beliau didatangi beruang lagi seperti beberapa hari lepas.

Kita bercadang nak buat rumah kecik je sekitar 20 x 15 kaki persegi utk Pakcik Mat yg hidup sebatang kara ini. Sebelum ini beliau tinggal di rumah usangnya yg hampir roboh tanpa letrik dan bekalan air.

Petang ni Pakcik Mat sibuk bercucuk tanam di sekitar rumahnya. Warga emas 75 tahun mengharapkan hasilnya nanti dapatlah dijual utk menampung keperluan sehariannya.

Abangraja ketika dihubungi menyatakan rasa syukur dan terimakasih kepada semua keluarga besar thirdforce yg bantu utk dapatkan letrik utk Pakcik Mat.

Doakan semoga usaha kita ini dipermudahkan ya.

Salam dari saya Yoe
Sukarelawan thirdforce
13 Mei 2019
Kg Sungai Tias
Kuala Krai.

P/s whatsapp abangraja utk details bagaimana boleh sama-sama membantu 017-3872232

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *