home Third Force MUSLIMAH AL-KHOR QATAR SUMBANGKAN PEK RAMADAN

MUSLIMAH AL-KHOR QATAR SUMBANGKAN PEK RAMADAN

Berlangsung sekarang dalam panas terik adik-adik sukarelawan bertungkus lumus memgambil pek ramadan dari gudang barangan di Jerteh Terengganu. Sumbangan diterima dari Muslimah Al-Khor di Qatar melalui Qen Jan Trading Jerteh Teregganu berupa 140 pek ramadan utk kita agihkan kepada asnaf2 di pedalaman.

Muslimah Al-Khor di Qatar adalah antara keluarga besar thirdforce yg sangat konsisten membantu program kemanusiaan kita. Kita sama-sama doakan agar Allah merahmati semua penyumbang dan kekalkan kita dalam rahmatnya.

Lepaa ni adik-adik sukarelawan akan bergerak ke pedalaman utk mengagihkan pek ramadan ini. Doakan juga agar Allah berikan mereka kemudahan dan kekuatan, kesihatan tubuh badan serta kekalkan mereka dalam rahmatNya kerana proses agihan nanti pastinya juga mencabar dan tidak lah semudah yg disangka.

Ada tempat kena naik bot, kereta tak boleh masuk dsbg. Sukarelawan perlu pikul angkat dan bawak pek ramadan ini bertemu asnaf sambil membawa mesej kemanusiaan dan dakwah, pesanan kasih sayang dan persahabatan.

InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *