ZIARAH ASNAF SAMBIL BERKONGSI PEK BARANGAN DAPUR BULANAN

TAWAU_ 8 JANUARI 2020 | Hari ini lima warga emas telah diziarahi di sekitar daerah ini. Tawau hari ini musim hujan di sebelah petang, program hanya boleh dilaksanakan selepas hujan berhenti namun kesannya menyebabkan pergerakan sukarelawan PERKALAS@TF SABAH agak sukar untuk tiba di pondok lima warga emas ini. Kebanyakan pondok mereka kenderaan tidak boleh sampai oleh …

BERKONGSI MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA MURID-MURID DARI GOLONGAN

SULAWESI BARAT, INDONESIA _ 7 JANUARI 2020 | Sebanyak 100 bungkus makanan telah disediakan untuk anak-anak di sebuah sekolah di sini. Alhamdulillah para guru di sekolah ini sangat menyambut baik dan turut bersama membuat agihan kepada satu persatu murid-murid mereka. Ada yang membuat sedih apabila abang Solihin iaitu koordinator kita di sana mengatakan sengaja memilih …

Nasib Pasangan Bisu : Sayuti & Norhayati

Hari ini 06/01/2020 ,tiba tiba hati terasa sayu mengenangkan nasib pasangan bisu suami isteri.Sayuti bin Manaf 49 tahun dan isterinya Norhayati bt Mat Yaacob 40 tahun yang tinggal di Kampung Tok Deh Barat ,Rantau Panjang Kelantan.Pasangan bisu ini mempunyai empat orang anak ,tiga perempuan dan seorang lelaki. Nurul Hanim 15 tahun,Nurul Ain Umairah 13 tahun, …

Rak Syurga

6 Januari 2020 | Perkongsian salah seorang sahabat yang juga merupakan salah seorang sukarelawan PERKALAS@TF SABAH yang sama-sama berjuang membina PERKALAS sejak awal mula gerak kerja ini beberapa tahun lalu. Dia seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Sabah. Sayangnya kepada fakir miskin bukan hanya di luar pagar sekolah itu. Tapi dimulakannya di sekolah, …

MENYANTUNI FAKIR MISKIN DENGAN AGIHAN MAKANAN DAN MINUMAN

SEMPORNA _ 6 JANUARI 2020 | Malam ini 70 orang fakir miskin telah disantuni oleh para sukarelawan PERKALAS@TF SABAH di daerah ini. Kami hanya membantu mengikut kemampuan yang kami ada. Sekadar air kotak dengan sebungkus roti untuk mereka itu rezeki mereka saat ini. Sedih melihat mereka berebut-rebut untuk mendapatkan makanan dari sukarelawan. Jika mereka orang …

10 PELAJAR MISKIN MENERIMA BANTUAN PERALATAN SEKOLAH DARIPADA SUKARELAWAN PERKALAS@TF SABAH

PITAS_ 4 JANUARI 2020 | Wajah riang terpancar di muka 10 pelajar ini apabila menerima peralatan sekolah seperti bag, kotak pensil, gam, warna, pembaris dan lain-lain. Saat-saat sebegini yang membuatkan para sukarelawan kami terubat rasa penat lelah dalam setiap gerak kerja kemanusiaan kami. Selain dapat mengembirakan anak-anak ini sudah pasti sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibu …

Latihan Memanah Paralimpik 2020

Alhamdulillah pagi tadi sampai tengah hari sempat saya turun sekejap ke Lapang Sasar Memanah TF Archery di SK Kampong Raja Pasir Puteh. Saya jarang dapat bersama mereka lately ni lantaran kepadatan jadual dan tugasan seharian. Namun kita rasa amat teruja melihat kesungguhan para atlet yang datang berlatih terutama atlat Paralimpik. Hari ini juga kita menerima …

JANGAN PERNAH LETIH UNTUK BERKONGSI REZEKI KEPADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

TAWAU_ 4 JANUARI 2020 | Malam ini dua keluarga menerima bantuan daripada team sukarelawan PERKALAS@TF SABAH. Tidak banyak tapi ada untuk saling peduli pada sesama makhluk Tuhan apa lagi mereka yang amat perlu untuk meneruskan kehidupan. Keluarga pertama menerima sumbangan wang tunai yang sedikit sebanyak boleh digunakan untuk membantu menampung kos rawatan ke Kota Kinabalu …

2020 BERAZAM TERUS SEBARKAN KASIH SAYANG KEPADA SESIAPAPUN

SANDAKAN_ 3 JANUARI 2020 | Alhamdulillah malam ini sukarelawan PERKALAS@TF SABAH meluangkan masa untuk menziarahi para sahabat gelandangan sambil berkongsi makanan dan minuman. Kaki lima kedai menjadi tempat mereka tidur tanpa sebarang alas untuk berehat. Mereka yang terlihat tidak siuman di mata manusia ini tetap meneruskan hidup mereka dengan cara tersendiri. Jom kita berkongsi rezeki …

Adik Mohammad Hakim

Pasir Mas, 3hb Januari 2020 – Adik Mohammad Hakim bin Mohamad Hanafi, 16 tahun adalah seorang anak yatim yang tergolong dalam OKU ( Buta ). Adik Hakim kini tinggal bersama ibunya dan seorang adik. Ibu adik Hakim tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara anak-anak beliau. Adik Hakim sebelum ini belajar di Sekolah Pendidikan Khas Kutan, …