ABOUT HERO

idea untuk mewujudkan satu “online news-portal" atau akhbar atas talian yang secara khususnya menampilkan berita-berita berkaitan kerja-kerja kesukarelawanan ini sebenarnya sudah lama ada dalam kepala saya. Apabila bah besar berlaku di Kelantan dan diikuti semaraknya kerja kesukarelawanan di dalam negara hari-hari selepas itu maka saya rasa adalah perlu kita ada satu bacaan yang berpusat bagi menyediakan berita dan maklumat tentang apa sahaja berkaitan kerja kesukarelawanan mahupun usaha-usaha kemanusiaan dari dalam dan luar negara.

Nama Hero Daily dipilih kerana The 3rd Force (THIRDFORCE) itu sendiri di daftarkan dengan nama Humanitarian and Emergency Relief Organisation. Sebagai sebuah akhbar online yang berkaitan dengan “volunteerism" kita mengharapkan ianya mampu menyediakan berita dan penulisan bagi mengajak orang ramai untuk membina negara ini dengan kasih sayang yang tinggi.

Kita merancang agar Hero-Daily boleh menjadi tempat para pembaca mendapatkan info berguna kes-kes asnaf di seluruh negara yang perlu di bantu, update perkembangan terkini program bantuan oleh THIRDFORCE mahupun diskusi intelektual dari penulis-penulis yang juga menulis atas dasar semangat kesukarelawan dengan satu tujuan untuk sama-sama menyumbang penulisan demi saham akhirat masing-masing.

HERO-DAILY di harap dapat membudayakan kerja-kerja kesukarelawanan ini serta mengajak orang ramai untuk sama-sama menyokong misi-misi kemanusiaan.

Kita cuba mengelakkan berita yang berunsur provokasi dan berita-berita berkaitan dengan politik melainkan hanya tertumpu kepada mengajak orang ramai sama-sama jadi orang baik-baik.

Semua penulis yang ada di sini adalah dari pelbagai backgroud dengan profail yg berbeza. Ada yang dari bilik berita akhbar-khbar harian dan juga ada yg sekadar suka menulis. Tak kiralah siapa kita tujuan kita adalah untuk bersama menyumbang idea dan buah fikiran serta bersama-sama kembangkan news portal kemanusiaan ini kerana kita belum ada rasanya satu news portal yang genuinely dan purely tentang humanitarian.

Kita mungkin boleh menegur sesuatu isu berdasarkan pendapat kita tetapi at the end of the day objektif kita adalah to create public awareness dan to feed the readers dengan news berkaitan perkara baik-baik.

Hantarkan sebarang komen / cadangan ke:

herodaily@hotmail.com

Selamat membaca.
Jommm jadi orang baik-baik

DR. RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Pengasas
THE THIRDFORCE