home Religion Hukum bermusafir pada hari jumaat

Hukum bermusafir pada hari jumaat

Apabila seseorang hendak bermusafir pada hari jumaat sebelum masuknya waktu solat subuh maka terlepas hukum wajib baginya tunai solat jumaat.Dalam islam allah permudahkan urusan orang yang hendak bermusafir ke negeri lain dengan boleh buat solat jamak qasar taqdim atau takhir.Akan tetapi apabila kedengaran bunyi azan waktu jumaat maka hendaklah seseorang itu menyahut seruan azan dengan makna kita tunaikanlah solat jumaat waktu itu.

Berbeza pula hukumnya bila bermusafir selepas waktu solat subuh maka wajib baginya  tunai solat jumaat pada hari itu.Selesai solat jumaat buat terus solat jamak takdim bagi  waktu asar ketika itu juga.Bab hukum bermusafir sebelum atau selepas waktu subuh ini hanya untuk menentukan hukum sama ada wajib atau tidak untuk tunaikan solat jumaat sahaja.Memang banyak khilaf bagi para setengah ulamak.Bagi di Malaysia kita bermadzhabkan Imam syafie..Wallahualam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *