home Columns, Religion Di jalanNya-Niat

Di jalanNya-Niat

 

Assalammualaikum w.b.t.

Adinda saya telah berkongsi post ini di laman Facebook saya yang menyebabkan saya ingin berkongsi pada semua. Post ini saya tambahkan sedikit idea saya untuk mengembangkannya.

“Hadith 1 Imam Nawawi adalah tentang niat.

Lakukan sesuatu perkara dengan niat yang betul. Setiap perbuatan boleh jadi ibadah, boleh jadi perbuatan biasa, boleh jadi perkara yang Allah murka.”

Kenapa bisa Allah murka? Sedangkan ada diantara kita merasakan bahawa setiap perbuatan itu akan diganjari pahala. Ada sesuatu yang kita alpa. Apakah dia? Niat untuk meraih keredaan Allah dan apakah yang kita dapat sesudah niat itu dilaksanakan. Dan muhasabah diri kita. Setiap perbuatan yang kita lakukan disertakan dengan ikhlas atau sebaliknya.

“Apabila niat yang terpesong menjadi pemula langkah, maka jangan dihakimi mereka yang salah di depan mata kita sebab penghakiman manusia cuma pada yang zahir. Allah jualah Yang Maha Adil dalam penghukuman.”

Niat yang terpesong dari menyebabkan mata hati kita tertutup dari tujuan asal kita. Kita mula merasakan kita sempurna dan melihat orang lain tidak sempurna seperti kita. Mulalah kita menjadi juri dari juri kita sebenar iaitu Allah, Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Pilihlah diri untuk terus sentiasa dipilih Allah dan takutilah andai Allah sudah merasa jemu akan diri kita yang boleh jadi lebih hina dari binatang ternakan, lalu diganti dengan umat yang lebih baik dan lebih soleh amalannya.”

“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin.”

Maka, tekadkanlah diri kita agar terus menjadi pemimpin pada diri kita. Sentiasalah pandu diri kita agar menjadi umat yang sentiasa memimpin dirinya menjadi lebih baik. Maka bila kita mampu memimpin diri kita, kita mampu memimpin yang lainnya menjadi lebih baik. Sertakan amalan-amalan yang baik agar menjadi ‘pakaian’ terbaik buat diri kita. ‘Pakaian’ yang terbaik menyebabkan si pemakainya nampak lebih cantik, segak dan sebagainya.

Semoga menjadi yang terpilih di jalanNya. Meskipun harus berlelah, maka berjuanglah.

Infiru khifafan wa tsiqalan!

Berjuanglah kamu, sama ada senang mahupun susah… (Surah At-Taubah, ayat 41)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.