home Religion MEDAN DAKWAH DI DALAM KERJA-KERJA SUKARELAWAN

MEDAN DAKWAH DI DALAM KERJA-KERJA SUKARELAWAN

AHAD 15 MEI.Dakwah adalah satu kerja yang wajib kita lakukan di muka bumi ini.Ada pelbagai kaedah cara penyampaian dakwah dengan syarat utama ialah ikhlas kerana Allah SWT,yang seterusnya mengamalkannya dahulu sebelum meyampaikannya.Dan yang ketiga ianya berlandaskan hadis dan al quran.

Di dalam kerja-kerja sukarelawan membantu asnaf atau tidak kira siapa,sebenarnya Allah beri kesempatan dan peluang untuk kita sebarkan kerja dakwah.Contohnya apabila kita melihat sebuah keluarga asnaf yang jauh dari agama.Maka gunalah peluang itu itu untuk kerja dakwah kita dengan ajak mereka dekat kepada agama.

Dalam gerakan kerja sukarelawan apabila datang menziarahi asnaf kita hendaklah mempamerkan akhlak yang baik seperti cara pemakaian,percakapan yang lembut,adab yang sopan serta budi bahasa yang santun.kerana Rasulullah SAW sendiri pun pernah menggunakan akhlaknya dan budi bahasanya dalam berdakwah kepada orang yang membencinya hinggalah orang tersebut masuk islam.Subhanallah begitu hebat Baginda dalam berdakwah dengan hanya tunjuk akhlak yang baik-baik sahaja kepada orang bukan islam.Ini salah satu kerja dakwah yang paling mudah dengan hanya memelihara akhlak.

Berbeza pula berdakwah dengan  saudara seislam kita sendiri,walaupun atas nama islam mungkin pengisian rohani dan ilmu agama itu kurang.Selepas kita menziarahi asnaf dan menyampaikan bantuan maka ajaklah supaya banyakkan bersyukur kepada Allah dengan menjaga solat,banyakkan bersedekah,hormat orang lain,jadi orang baik-baik,in sha allah Allah akan ampunkan dosa-dosa kita mahu pun sukarelawan atau asnaf.oleh itu bantulah agamaNya,in sha allah Allah akan membantu kita.semoga semua sukarelawan di seluruh Malaysia mendapat rahmat dan perlindungan oleh Allah SWT.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *