home Volunteerism ASNAF PAK CIK SHAHBUDIN

ASNAF PAK CIK SHAHBUDIN

pak cik shahbudin 2Rumah bantuan nelayan, ini didiami oleh Pakcik Shahbudin bersama isterinya, 3 orang anak berusia 12, 14 dan 17 tahun dan 2 orang cucu berusia 7 tahun dan 2 tahun. Ibu dan bapa kepada cucu mereka sekarang ini menetap di Langkawi dan bekerja sebagai nelayan.

Pakcik shahbudin bekerja sebagai nelayan manakala isterinya suri rumah tangga.

Kami difahamkan, anaknya yang berusia 14 tahun yang bersekolah di Kuala Perlis jarang ke sekolah disebabkan ketiadaan pengangkutan ke sekolah yang terletak kira-kira 7 km dari rumah.

Mereka hanya mempunyai sebuah basikal untuk kegunaan harian. Semasa kedatangan kami, tong gas telah kehabisan gas menyebabkan mereka menggunakan kayu api untuk tujuan memasak. Sukarelawan 3rdForce dengan segera telah membantu untuk mendapatkan tong gas pada hari lawatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *