home Volunteerism PENEMPATAN ANAK-ANAK PRIHATIN (VILLA RAUDHAH)

PENEMPATAN ANAK-ANAK PRIHATIN (VILLA RAUDHAH)

Thirdforce telah buat keputusan untuk membina pusat jagaan / perlindungan / latihan / bantuan anak-anak prihatin di bawah seliaan kita yang mana jumlahnya sudah meningkat lebih 130 orang.

villa 1Anak-anak prihatin adalah anak2 dalam kategori dhaif / miskin/ yatim / yatim piatu / tidak sah taraf / di tinggalkan oleh bapa atau ibu atau kedua-duanya dengan nenek atau penjaga yang dhaif / tiada ada IC di sebabkan bapa penagih dadah atau dalam penjara atau bapa warganegara asing / tinggal bersama nenek atau atuk yang tua dan dhaif / tinggal sendirian dengan kakak atau abang yang tidak bersekolah pada usia terlalu muda untuk jaga adik-adik / tinggal di asrama dan menumpang rumah cikgu atau saudara mara yang juga dhaif bila sekolah cuti …

Kira nak namakan pusat ini VILLA RAUDHAH.

Di samping tempat kita memberikan kasih sayang dan menyusun program ilmiah anak-anak ini ianya bakal di jadikan tempat kita beraktiviti. Ayah Ngah (Cikgu Izani) sudah bersedia untuk infakkan secebis tanah untuk tujuan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *