home Columns, Volunteerism PERMUDAHKANLAH KERJA BAIK

PERMUDAHKANLAH KERJA BAIK

Salam semua,

Semua update program bantuan kita insyaAllah gambar ada di facebook. Kebanyakannya kita beli pukal barang sumbangan untuk dapatkan harga murah…

Saya percaya dan saya tengok Thirdforce di peringkat negeri juga bergerak sebegitu.

kita tak mampu nak buat detail contohnya :

Penyumbang A bagi RM100 = mintak tolong kita beli sekian2 barang dan hantar ke sekian2 tempat
Penyumbang B bagi RM25 = mintak tolong kita beli sekian2 barang dan hantar ke sekian2 tempat
Penyumbang C bagi 12.50 = beli gula dan kurma mintak tolong kita hantar ke rumah Pakcik Rahim etc.

13502675_10157093583545134_5416911351008237557_oSebab sukarelawan ni mereka bekerja percuma takde elaun
Mereka juga bukan semua full time … kebanyakan part time
Ada yang datang tengah hari selepas hantar anak sekolah
Ada yang datang dari johor cuti 3 hari untuk tolong angkat barang
Ada yang fresh grad unemployed …

Our idea is to cultivate budaya tolong menolong among public
dan memudahkan kerja bantu membantu tanpa banyak protokol dan birokrasi…

Jika kita nak semak kemana barang2 tu di hantar secara spesifik contohnya sumbangan dari En. Amin Ampang berupa biskut raya 50 botol siapa yg menerimanya atau sumbangan duit RM1000 dari Dr. Fatima UUM apa yang kita beli dan asnaf mana yang kita hantar bantuan maka kita tak mampu nak buat macam tu …

1. Objektik kita adalah mempercepatkan agihan sebab lepas 30hb sukarelawan nak balik kampung masing2 tak ada orang nak agihkan lagi pakc syawal ni secara mass

2. Kita nak santuni seramai mungkin asnaf seluruh Malaysia.

3. Sayapun tak pasti sumbangan tuan2 tu di gunaakan bersama untuk beli pack syawal pada hari apa dan bersama2 sumbangan dari mana … sebab kita beli bnyak utk dapat harga murah supaya ramai asnaf yang kita dapat bantu dan kita agihkan terus secepat mungkin …

** mungkin kita boleh maklumkan / educate penyumbang that :-

1. Follow facebook saya utk melihat aktiviti yang berlaku termasuk proses agihan yang berlaku di seluruh negara termasuk yg terkini bantuan mangsa kebakaran di Kudat Sabah.

2. Educate / Maklumkan kepada penyumbang bahawa misi thirdforce ni telah berjalan selama setahun setengah non-stop membantu asnaf melibatkan beratus agensi kerajaan dan korporat yang semuanya menerima / memahami / bersetuju dengan cara kerja yang sebegini …

3. Educate / maklumkan kepada penyumbang sumbangan mereka telah di sempurnakan seperti mana gambar2 yang di postkan di facebook. Bersangka baiklah …

Infact, bila kita serahkan bantuan kepada asnaf tidak pernah ada kita maklumkan sekalipun kepada asnaf2 ini bahawa barang2 itu dari siapa …. siapa yang menyumbang dan sebagainya …tak sempat dan tak terkawal oleh kita nak check barang2 yang bertali arus tu yang ni siapa bagi yang tu siapa bagi …

4. Jika masih ada penyumbang yg tak puas hati dan tak percaya … bagi balik no akaun kita refund balik whole payment. Sebab kita tak mahu timbul fitnah dalam kerja baik … just nak cari redha Allah sahaja .

Tak percaya jangan bagi …
Kefahaman kita kepada sesuatu perkara tukan Allah buat berbeza-beza …

Dan sukarelawan kita ni bekerja non stop tanpa gaji
Semuanya lillahi taala …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *