home Volunteerism ASNAF PUAN ZUBAIDAH LABUAN

ASNAF PUAN ZUBAIDAH LABUAN

Selesai Sahaja Solat Zohor seorang sukarelawan menceritakan tentang seorang asnaf dan hati terbuka untuk pergi melawat rupanya seorang ibu bernama Puan Zubaidah yang berada di belakang Amanda Labuan.

Seorang ibu tunggal yang duduk dirumah PPRT namun serba kekurangan. Puan zubaidah tidak berkerja hanya punya rutin harian menghantar anaknya bersekolah setiap pagi dengan menaiki bas berbayar.

Puan zubaidah adalah seorang ibu tunggal kematian suami. Suaminya meninggal dunia kerana disyaki mempunyai kanser usus. Sepanjang suaminya sakit beliau tidak mampu merawat suaminya di hospital kerana kekangan wang ringgit.

pn zubaidah 2Anak anaknya seperti dalam gambar ini hanya tidur bertilamkan tilam yang tidak bersih dan sempurna malah tidak mempunyai bantal dan selimut. Sorang sahaja anaknya yang bersekolah yang berumur 13 tahun yang lain tak mampu untuk di sekolahkan. Yang sekolah rendah semua tak sekolah. Allahuakbar …

Saya merayu semua keluarga besar thirdforce utk sama2 bantu ibu ini dan anak2 ini. Puan zubaidah menerima bantuan dari baitulmal sebanyak RM700 ringgit dan menyara anak seramai 9 orang dimana seorang sahaja lelaki.

Lebih menyedihkan apabila anak puan zubaidah yang baru berumur 14 tahun sudahpun berkerja dengan pendapatan RM100 sebulan. Tak dapat kami bayang di negara kita ada yg terpaksa bekerja walaupun di bawah umur kerana disebabkan kemiskinan. Ibu tunggal ini masih punya anak anak yang kecil tidak sampai dua tahun dan minum air paip jika tidak punya susu. Allahuakbar

Hal ini menyebabkan semua sukarelawan turut sedih dan ingin membantu puan zubaidah dan anak anaknya. Ini adalah masa kita untuk mengubah nasib mereka. Kadang Kadang dalam Rezeki kita punya Rezeki Orang Lain. Mari Sama Sama Membantu Mereka yang Memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *