home Third Force, Volunteerism JUAL MOTOR UNTUK BELI BERAS

JUAL MOTOR UNTUK BELI BERAS

Pada bulan April yang lalu kita pernah viralkan kes ni namun kita terpaksa akur dengan kekangkangan masa kita sedang siapkan rumah asnaf lain serta sumbangan awam untuk bantu asnaf ini.

Pada hari ni saya secara rasmi melancarkan projek pembinaan rumah asnaf adik alif di kampung selanjur yang juga sekarang sedang mengidap sakiut jantung.

INFO TENTANG KEKUARGA INI

1) ketua keluarga @ Suami @ Ayah;
Tuan Soh b Tuan Sulaiman, 59tahun, tidak mampu bekerja mencari wang perbelanjaan keluarga kerana faktor kesihatan dan al1faktor kemalangan sewaktu bekerja buruh waktu usia muda dahulu

Dapat bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) RM200 sebulan, Tuan Soh dalam masa yang sama Menghidap asma (lelah), Tuan Soh Mempunyai seorang isteri, dan 4 orang anak masing-masing 3 perempuan 1 lelaki iaitu adik aliff yang mengidap peyakit jantung berlubang.

2) isteri @ Ibu;
Wan Rohani bt Wan Yaakob, 38tahun, bekerja sebagai
Pembantu tukang masak restoran kecil kt kg, gaji sekitar rm20 sehari dan tidak menentu kerana bergantung kepada pelanggan ada atau tidak, duit gaji harian ini adalah untuk tambahan kepadaal2 wang bantuan rm200 sebulan daripada JKM kepada suaminya dan lansung digunakan untuk perbelanjaan makan minum keluarga, duit belanja anak yang masih bersekolah, perbelanjaan susu dan pampers cucu yang baru lahir dan kos pengankutan tambang untuk ulang alik Aliff ke hospital sekiranya berlaku kecemasan dan temujanji doktor pakar,

Mempunyai asma dan selalu membuat temujanji doktor pakar dihospital kuala krai. Tuan Noniatikah bt Tuan Soh, 17tahun, tidak bersekolah dan bakal tidak menduduki SPM, bekerja dikedai makan dengan gaji rm20/hari

Tuan Muhammad Aliff Izwan b Tuan Soh (Adik Alif) , 5 tahun dan belum dihantar ke mana-mana sekolah tadika ataupun kemas, menghidap jantung berlubang, hari ni dia tiada di rumah (dikejar ke klinik kerana demam), pergi klinik dengan moto bersama ayahnya.

CATATAN SUKARELAWAN:-

Bila pergi melawat atau ziarah keluarga ini, rasa itu hendak bantu ini hendak bantu. Rasa pilu pula sebab kesemua itu dan ini tidak mampu lagi kami bantu.

Tapi akhir pertemuan dengan keluarga asnaf ini kami tinggalkan doa supaya ada yang terbuka hati untuk datang membantu mereka,
bila kami sedari ziarah kami hanya mampu tinggalkan doa, Kami sedar itu adalah terapi yang mujarab babi hati yang pilu melihat kesulitan dialami keluarga ini.

Saya tinggalkan mahligai mereka dengan melihat senyuman Tuan Soh (ayah aliff), dia senyum, saya pun senyum…

Kehidupan yang dhaif sebeginilah yang sudah kalian semua bantu dari segi aspek fizikal dan kerohanian. Sebelum ini, warga 3rd force telahpun banyak membantu asnaf-asnaf yang sering kali hidup dalam tempias fitnah.

Sebagai contoh, aduan diterima oleh mangsa,  yang mana mereka terpaksa mandi didalam suasan gelap gelita ekoran dari hebohan mulut yang mengatakan sengaja tayang tubuh mandi al3atau membasuh kain di bilik air yang berlubang.

Namun bukan itu yg dimahukan oleh asnaf, mereka terpaksa hidup dalam tempias fitnah-fitnah orang sekeliling.

Itu belum lagi cerita Kaki Skodeng.

Bayangkanlah bilik air rumah kita yang berlubang-lubang dan dari jauh lagi org boleh jeling dan sengaja intai anak-anak dara kita mandi, sidai kain di ampaian serta cuci kain baju dengan tangan.

Namun, itulah hakikat yang berlaku disekitar dan sekeliling kita wahai Malaysia.

Berdoalah
Berzakatlah
Bermaafanlah

Agar kita semua berlapang dada dalam menjalankan apa jua urusan dunia dan akhirat.

Gambar sebenar dari lensa coretan adalah lampiran dari kisah-kisah benar yang berlaku.

Seperti kata abang raja Jomm jadi orang baik-baik. Kita bantu sikit sorang. Bukan untuk selesaikan masalah sekadar membeli saham akhirat masing-masing.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *