home Columns KAN SERONOK KALAU DAPAT BERJIRAN DI SYURGA?

KAN SERONOK KALAU DAPAT BERJIRAN DI SYURGA?

14138242_10157377160230134_4090524071693948158_oSalam pagi jumaat semua … Setiap kali tibanya hari jumaat saya sering terasa berdebar terutama bila mengenangkan betapa beruntungnya mereka yang di jemput Allah malam jumaat / hari jumaat. Bebas dari siksa / fitnah kubur. Abah dulu juga pergi malam jumaat dan di kebumikan pada pagi jumaat sama seperti arwah ayahnda Tok Guru saya. Tiada amalan khususpun yang abah ajar ataupun dilihat diamalkan oleh abah. Hanya pesan agar sentiasa berbuat baik.

Arwah abah ni susah nak marah orang. Pernah dulu berkenalan dengan seorang perempuan di Bachok, bertudung labuh, berpendidikan agama dan nampak seperti seorang wanita yang sangat solehah. Tetapi kedua orang tua perempuan ini tidak suka saya berkawan dengan anaknya dan datang menyerang rumah … sound abah dan mak agar saya tidak lagi berkawan dengan anak perempuannya.

Parents perempuan ini siap bagi tahu baka dan keluarga mereka tiada yang kawin dengan lelaki cacat … menghina dan merendahkan kerjaya saya sebagai penceramah. Memberitahu yang dia nak jodohkan anaknya dengan sepupu perempuan tu seorang doktor bukan penceramah jalanan macam saya. Mungkin pada masa itu mereka menganggap kerjaya saya ni seperti penceramah jalanan .. sekali ceramah dapat duit RM100 kain sarung sehelai.

Mereka tak tahu saya panel perunding latihan Yayasan Pembangunan Usahawan, Panel Penceramah beberapa GLC, Bank, institusi kewangan, pensyarah IPT, Pegawai Tadbir Diplomatik INTAN dsbg. Begitu hina abah dan keluarga di keji masa tu hanya kerana saya cacat, rumah pulak rumah papan penuh anai2 jauh dalam kebun getah dan kerana kejahilan tentang kerja seorang perunding latihan seperti saya.

Padahal para doktorpun baru2 ni invite saya untuk bagi talk!

Haishhh … kalau diingatkan balik betapa hati ini kagum dengan kesabaran abah dan mak yg sentiasa tersenyum walaupun anaknya dihina dan di caci. Dan kini .. setelah beberapa tahun berlalu abah sudah tiada … semuanya menjadi satu memori dan sumber kekuatan untuk saya terus melangkah dan berpegang teguh dengan pesan abah.

Sentiasa berbuat baik.

Sentiasa berbuat baik kat orang. Biar betapa jahat orang buat kat kita. Maafkanlah kerana itulah resipe untuk kita terus melangkah dan menikmati redha Allah dalam hidup. Maafkan semua orang. Sebarkan kasih sayang dan kemaafan. Kerana kita sendiri setiap hari buat silap dan Allah sentiasa ada dan bersedia untuk menerima kemaafan dari kita.

Jommm jadi orang baik2.

Hari ni hari jumaat. Sama2 kita perbanyakkan sedekah walaupun sebuah senyuman. Program bantuan thirdforce menjangkau apa yang kita fikirkan pada awal kita lancarkan misi kemanusiaan ini dulu.

Sekaranng bersama kita, ada anak2 yatim dan anak2 prihatin yg perlu kesekolah, perlu makan, perlukan tempat tinggal, perlukan basikal dsbg. Ada ibu tunggal yg kelaparan, sakit tak mampu ke hospital, sedang bertarung dgn maut dsbg. Ada fakir miskin yang telah terlalu jauh dengan Allah lantaran kedhaifan dan kejahilan di sebabkan kefakiran.

Saya tidak meminta derma dari kalian.

Jauh sekali memohon simpati atau mengambil kesempatan atas kes2 kemisinan asnaf ini sepertimana yg difitnahkan oleh segelintir manusia kepada saya. Saya hanya sekadar mengajak kalian semua untuk bersama2 saya kita bantu sikit sorang untuk saham akhirat kita masing2.

Sebab bagi saya .. kan seronok kalau dapat berjiran di syurga?

Ikhlas,
Dr Raja Shamri bin Raja Husin
Casa De Raja
Pasir Puteh Kelantan.
2 September 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.