home Volunteerism BANTUAN RUMAH ADIK ALIFF KAMPUNG SELANJUR

BANTUAN RUMAH ADIK ALIFF KAMPUNG SELANJUR

UPDATE PROGRAM BANTUAN RUMAH ADIK ALIFF KAMPUNG SELANJUR :-

Alhamdulillah
Dalam kehidupan yg serba serbi kekurangan masih lagi mereka bersyukur dgn rezeki yg dikurniakan ilahi. Ulam ulaman di sekitar perkarangan rumah dijadikan sajian santapan tengahari bersama2
Ayam kampung diternak kawasan halaman rumah disajikan sebagai jamuan yg istimewa .

14196059_10157377817530134_2782325755042847538_oNasi adalah makanan yg paling byk dimakan berbanding lauk pauk
Xde lauk, Nasi cicah Budu dgn ulam2 raja pun berselera katanya Ayah Adik Alif. Ditanyakan pula bagaimana tinggal dalam pondok sementara tu. Jawab mereka setakat ni alhamdulillah, Allah bagi tido yg nyenyak dan aman walaupun terkadang dalam tidur air hujan menitis dan tempias masuk membasahi tempat tidur mereka

Tabahnya seorang bapa yg miskin hadapi kesemua dugaan ni bersama2 isteri dan anak yg menghidap sakit jantung. Namun sikit pun tiada linangan air mata diraut wajahnya bagi persoalan dan situasi yg dihadapi mereka.

Salute bagi seorg bapa yg tabah, bukan air mata yg menterjemahkan segalanya akan tetapi hati dalam diri yg membawa seribu makna. Syukur atas rezeki dan nikmat yg diberi. Senang je hati bila asnaf yg dibantu sendiri pun sedekahkan perkongsian cerita mereka buat kita teladani .

Terima kasih warga 3rd force, perkongsian dan keperihatinan anda semua telah banyak berjasa dalam konteks kehidupan kita bermasyarakat.

Teruskan kita sama2 bantu membeli saham akhirat masing2 di sini. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.

Saya Yoe
Kuala Krai Kelantan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *