home Volunteerism ASNAF PUAN EMI PERLIS

ASNAF PUAN EMI PERLIS

Info dari Ami 3rd Force Perlis

“Assalamualaikum & Sejahtera,

NO RUJUKAN: 3rdFPs/2016/09/WangUlu/04/Bintong.

NAMA : Norfazlini binti Al Zakari (Erni)
ALAMAT: Taman Bukit Kayangan

BANTUAN BULANAN: Tiada. TIDAK PERNAH memohon mana-mana bantuan kecuali BRIM.

ANAK : 1 orang anak.
~ Nur Qatrunnada Irdina binti Mohd Hamizan
~ bayi perempuan berusia 4 bulan

FAKTA KES
Pn Erni, 26thn adalah seorang ibu yang hilang punca pendapatan sejak November 2015. Pada ketika itu juga, Pn Erni baru mengetahui yang beliau telah mengandung dan ketika itu usia kandungannya 3 bulan. Hidup Pn Erni lebih diuji dgn keadaan kesihatan mak kandungnya yang mengalami sakit mental. Oleh itu, Puan Erni hilang tempat bergantung dan menumpang bantuan dalam menanggung kandungannya.

14241588_10157383093775134_8568443956797903417_oAnaknya telah selamat dilahirkan pada 3 Mei lalu dan kini berusia 4 bulan. Pn. Erni terpaksa menyewa rumah lain bersama adik lelakinya dgn bayaran RM300/bulan kerana bimbang keselamatan bayinya memandangkan keadaan mental ibunya yang agak kritikal.

Pn Erni sendiri telah menghubungi wakil 3rdFPs dan menyatakan hasrat untuk mencari pekerjaan agar dpt dia menampung hidup mereka 2 beranak ~ sewa rumah, makan minum, keperluan bayi, bil elektrik dan air, upah asuh anak(apabila bekerja), dan sebagainya.

Dari lawatan kami, kebanyakan keperluan rumah telah diderma oleh orang ramai dgn inisiatif Pn Erni sendiri ~ komen di page AnakPerlis menyatakan beliau amat memerlukan barang keperluan bayi dan kelengkapan rumah. Pihak 3rdFPs juga telah menyumbang keperluan makanan asas dan keperluan bayi ketika kedatangan kami Khamis lepas kpd Pn Erni, hasil dari sumbangan orang ramai kpd wakil 3rdFPs (TF Ami).

PELAN TINDAKAN
1. 3rdFPs akan menghubungi En Sabri JKM.
2. 3rdFPs akan menghubungi Ustaz Nazim Baitulmal Perlis.
3. Mencari kemungkinan peluang pekerjaan utk Pn Erni yang mempunyai jurusan diploma dalam kerja2 pejabat dan Pn Erni juga berpengalaman dalam kerja bakeri.
4. Menghubungi Persatuan Cahaya Harapan Kedah/Perlis.
5. Mewarwarkan kpd orang ramai yang Pn Erni juga memerlukan bantuan utk mengasuh bayinya apabila beliau bekerja nanti.

KEPERLUAN
1. Peluang pekerjaan.
2. Servis asuhan bayi yang mampu ditanggung Pn Erni.
3. Rumah yang lebih sesuai dgn kemampuan ATAU Rumah sewa dgn kadar yang lebih rendah.

HASIL TINDAKAN
1. En Sabri telah dihubungi.
2. Ustaz Nazim juga telah dihubungi. Alhamdulillah tindakan pantas oleh pihak Baitulmal yang telah membuat lawatab susulan serta merta. (Rujuk gambar)
3. Menerusi page FB.
4. En Effendi dari PCH telah dihubungi.
5. Menerusi page FB.

KES DIKENDALI: TF Ami 010-814 8545

Together we are Stronger
The 3rd Force, Perlis

#asnafPERLIS #3rdFPs #3rdForcePERLIS #sukarelawanPERLIS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *