home Columns, Third Force AIR MATA DI MADINAH

AIR MATA DI MADINAH

Baru sampai madinah. Satu perasaan luar biasa yg tak pernah di rasai sebelum ini. Biasa buat umrah datang madinah dulu lepas tu ke mekah. Kali ini lama di mekah baru datang madinah.

Masuk sempadan madinah air mata keluar. jadi sebak. Terbayang bagaimana nabi lalui penghinaan, ancaman dan tekanan dari kafir quraish sehingga datangnya wahyu hijrah, terbayang pengorbanan para sahabat, terbayang bagaimana sayunya sambutan penduduk madinah terhadap Nabi bila nabi mula-mula sampai di bumi madinah.

14567425_10157514317470134_4768259282266976161_oSemuanya mengingatkan kepada peritnya usaha mengajak orang ramai jadi orang baik-baik di tanah air. Di caci, diugut, di fitnah dan sebagainya. Sehinggalah kini usaha ini mula di terima ramai dan merebak ke seluruh dunia. Walaupun masih ada yang berusaha menyekat dan memfitnah, mengugut dan mengancam Sukarelawan Thirdforce sehingga sekarang.

Takpelah … Bertahan dan bersabarlah …

Rasa resah, sayu, bersemangat… Rasa gembira dan kerinduan luar biasa kepada Rasulullah s.a.w.

Seperti seorang yang sangat di cintai dan di rindui yang lama tak jumpa… Yang pernah jumpa satu masa dulu dan payah nak jumpa tapi tiba-tiba di beri lagi peluang untuk jumpa. Terasa malu … Terasa terharu dan sebak. Terasa kagum dan penuh bersemangat untuk solat di Masjid Nabawi dan berbicara dengan Rasulullah.

Maghrib sebentar tadi mencari tempat untuk solat. Hati mula berbicara … Ya nabi … Aku datang ke Masjidmu … Kau kekasihku dan aku tetamumu .. berilah tempat terbaik untuk ku solat dan berzikir, beribadat dan berbicara dengan ya Rabb di sudut istimewa tidak di ganggu … Agar dapat ku letakkan kaki palsuku dgn baik …

Ya Allah .. sejurus hati terdetik … Allah berikan apa yg di hati berbicara …

Aku bersujud padamu Ya Allah
Aku merinduimu ya Rasulullahhh …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *