home Columns Jangan Dinodai Silaturahim !

Jangan Dinodai Silaturahim !

“Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan silaturahim” – [HR Bukhari]

Silaturahim adalah satu perkataan yang seringkali kita dengar dan mudah disebut. Tetapi tanggunjawab untuk menjaga silaturahim itu agak berat. Saban hari kita melihat di media sosial masalah kekeluargaan ini dan ia semakin meruncing.

Bagi penulis sendiri, rata-rata menganggap silaturahim ini adalah satu perkara yang biasa. Tetapi kita tidak tahu bertapa bahayanya masalah ini. Dalam Islam, kita dilarang dari tidak bertegur sapa kerana pergaduhan dunia melebihi 3 hari.

Sabda Nabi saw, maksudnya ; “Tidak halal bagi seseorang Muslim ‘Hajr’ (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi 3 hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. – [Muslim no 6697]

karikatur_205

Apa yang perlu kita faham tentang silaturahim ialah menyambung apa yang telah putus. SIlaturahim itu bukan sekadar membalas kunjungan atau pemberian sahaja. Pada hari ini, kita dapat lihat, ada yang bertahun tidak bertegur sapa dan saling bermusuh antara satu sama lain. Ibu bapa bergaduh, anak juga turut terkena tempias. Sedangkan anak-anak tidak bersalah dalam hal ini.Sebagai ibu bapa, kita seharusnya membimbing anak-anak untuk mengeratkan silaturahim, bukan menunjukkan contoh yang tidak baik.

Di sini, penulis sebutkan beberapa trend pada masa kini :-

1- Ibu bapa ke rumah saudara mara, anak tidak ikut serta.

2- Pergi menunaikan haji / umrah, tidak meminta maaf kepada saudara mara yang telah kita putuskan silaturahim.

3- Sentiasa ambil tahu hal orang yang dimusuhi lalu menyampaikan fitnah.

 

Penulis akui, ada sesetengah individu, mereka ingin memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Maka niat untuk memaafkan tadi, tidak menjadi dan ia berkekalan bermusuhan bertahun lamanya. Perlu diingat, Islam mengajar kita untuk memaafkan bukan untuk melupakan.

Suka untuk penulis mengingatkan ”Siapa yang ingin rezekinya diperluas dan umurnya panjang maka hendaknya ia bersilaturahim.” – (HR. Bukhari)

Allah melaknat orang yang memutuskan silaturahim sebagaimana dalam firman Allah :

“Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan-Nya telinga mereka dan dibutakan-Nya penglihatan mereka.” (QS Muhammad [47]: 22 – 23)

Oleh itu, marilah sama-sama kita berubah menjadi orang yang baik. Hidup di dunia ini hanya sementara. Apakah bekalan yang bakal kita bawa sudah mencukupi untuk memasuki Syurga Allah? Adakah kita layak memasuki Syurga Allah jika kita dilaknat oleh Allah swt kerana memutuskan silaturahim? Marilah kita berfikir sejenak dan renungkan apakah matlamat kita hidup di dunia ini..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.