home Columns, Third Force KHILAF DALAM BERBUAT BAIK

KHILAF DALAM BERBUAT BAIK

 

Bismillah …

Antara kesilapan / khilaf dalam bersedekah atau berbuat baik adalah bila kita merasakan yang kita yang menderma atau menyumbang ini lebih baik daripada asnaf yang menerima atau yang di bantu.

Ini satu fahaman yang silap!nj

Masa bagi bantuan atau masa menolong itu jika ada perasaan ini cepat-cepat beristighfar, disebab samada kita yang menyumbang atau membantu dan asnaf yang menerima bantuan itu, kita semua sama sahaja disisi Allah melainkan iman dan takwa.

Bantuan yang kita bagi itupun bukan hak kita tapi Allah yang punya. Kita hanya perantara dan menyempurnakan amanah sahaja. Untuk apa kita tiba-tiba merasa sombong dan angkuh? Kenapa kita tiba-tiba merasa seronok dan begitu bersuka ria, bergambar, bermajlis rasmi seakan majlis anugerah pingat emas sukan olimpik dsbg?

Kita hanya sedang menyempurnakan amanah Allah.

Tanamkan rasa rendah diri dan tawadhuk.
Sapa tahu syurga bukan milik kita. malah asnaf yang kita bantu itu yang masuk syurga dulu.

Dan bila kita excited hendak membantu orang miskin dengan bantuan yang kita ada maka kita mula mengarah orang itu dan ini, bagi arahan pada sukarelawan untuk buat itu dan ini seolah-olah sukarelawan yang ada di lapangan ini semua bekerja untuk kita, kerana kita yang menyumbang barang bantuan itu kita yang punya mahupun donation itu kita yang kutip.

Maka kita silap! Awak sukarelawan kamipun sukarelawan.
Tidak ada sukarelawan bekerja untuk sukarelawan.
Tidak ada yang lebih superior.

Sebab Allah tak nilaipun barang bantuan yang kita bagi tu. Media coverage yang kita bawak tu, Berapa ramai asnaf yg kita bagi bantuan hari tu.

Biarlah hanya sebungkus roti gardenia
tanpa ada press dan gambar
hanya seorang anak si miskin yang lapar.
Kita turun sendiri dari KL naik keretapi malam ke tanah merah kelantan seterusnya naik prebet sapu menuju jauh ke pedalaman kuala Nal supaya kita boleh bagi sendiri.

Itu lagi afdhal !

Wallahu’alam …

p/s : pesanan untuk diri sendiri dan semua sukarelawan Thirdforce yang bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *