home Volunteerism PROGRAM BANTUAN THIRDFORCE

PROGRAM BANTUAN THIRDFORCE

Bismillahh …

8.35 malam … Sukarelawan thirdforce baru je sampai ke depot transport … Penat sangat nampaknya kesemua mereka. Hari ni mereka memunggah barang2 binaan ke SRIDAF di jerteh dan ke Pasir Pekan. Lepas tu bantu punggah barang2 dari rumah asnaf pak wil yg kita sama2 bantu bayar sewa ke rumah baru pakwil yg kita sama2 bina.

Biarpun belum ada letrik pak wil decide utk pindah jugak sebab tak nak susahkan kita cari sumbangan utk bayar sewa utk bulan seterusnya …

Malam ni sukarelawan melaporkan update program bantuan :-

Ibu tunggal dgn anak OKU lumpuh di gong datuk – kita bertegas untuk tidak bagi kepada tukang rumah yang kita tak kenal untuk bina rumah OKU ini sebab pengalaman mengajar kita tukang rumah juga bnyk yang nak ambik kesempatan. Kita dah ada tukang rumah kita sendiri pelajar dan guru2 pondok yg sangat tekun, jaga solat dan harga sangat rendah yg mereka minta. Jadi kalau nak juga kita but rumah tu maka kena guna tukang rumah thirdforce … tak boleh tukang lain.

Sekolah rendah agama darul furqan – kerja pembinaan bilik darjah / naik taraf kawasan lapan utk di jadikan 4 bilik darjah tambahan bermula hari ni. Tapi dengan bumbung zink dan dinding separa zink rasanya panas sangat anak2 tu nanti. Nanti kita fikirkan samada nak letak syiling gantung ke tak. Kena ada point kipas jugak masa buat wiring nanti.

Pendaftaran meter letrik dan surat menyurat serta dokumen yg TNB nak utk asnaf batu balai. Sistem baru TNB yg kena guna online menjadikan sampai sekarang kita tak dapat masukkan elektrik ke rumah2 yg kita bina di batu balai. Macam2 hal … ada je yg tak kena. Kita doakan agar adalah yg datang bantu kita sebab dah nak banjir pulak dah ni .. rumah dah siap, wiring dah siap … nak masuk meter jadi terlalu bnyk procedure.

Thirdforce medical team dan penubuhan ambulance thirdforce – kita bakal ujudkan kemudahan / perkhidmatan ambulan kita sendiri menawarkan perkhidmatan ambulan utk pesakit yg tak mampu bayar charge ambulan / menghadapi situasi tak cukup ambulance / memunggah pesakit dari pedalam di hospital. Kerjasama insyaAllah bakal kita adakan bersama para doktor dan persatuan perubatan malaysia utk jadikan semua ini satu kenyataan kearah membantu asnaf dan mereka yg memerlukan.

Sebagai penaung kepada gerakan ini … ya Allah boleh tahan penat jugak rasanya menguruskan semua ni.

Penat berfikir ni bukan macam penat guna kudrat. Penat guna kudrat bile letak kepala lena terus. Penat berfikir ni tidur jadi tak lena … kepala otak berpusing ligat … what to do next and next and next …

Doakan ya … Semoga impian kita semua ke arah menjadi orang baik2 ini di permudahkan Allah. Sesungguhnya inilah saham akhirat kita semua insyaAllah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *