home Columns, Third Force TIADA LAGI TEMPAT SELAMAT?

TIADA LAGI TEMPAT SELAMAT?

Bismillah …

Sedih sangat membaca berita kes pembunuhan berhampiran pejabat agama di Terengganu semalam. Sejak kebelakangan ini seolah-olah seperti tak selamat sangat. Di mana-mana terasa seperti ada saja orang yang jahat dan nak ambil kesempatan serta boleh berlaku kejadian jenayah. Kadang-kadang di tempat-tempat tertentu terasa seperti orang jahat tu lebih ramai dari orang baik-baik.

Ceramah-ceramah agama semakin banyakb-300x288
Program-program kerohanian makin agresif dan banyak
Pendakwah-pendakwah berapi-api sorang-sorang bila bercakap
Tapi orang kita seolah seperti makin sakit …

Bantulah negara ini
Bantulah umat ini
Bantulah …

Kita orang awam ini perlu juga rasanya lakukan sesuatu bukan serah bulat2 kepada pihak berkuasa dan penggubal dasar dalam sama-sama berusaha membina tamadun bangsa berdaulat yang tinggi nilai siviknya.

Keadaan seolah-olah tertekan sangat orang kita sekarang ni dan seolah-olah tiada lagi tolak ansur, sopan santun dan hormat menghormati. Undang-undang langsung dah tak di hormati.

Patutlah ramai rakyat Malaysia yang saya jumpa di Qatar, Saudi, New Zealand dan Australia bila di tanya bila nak balik … mereka kita “Not for the time being” or maybe “Never” …

Sebab tu bila kerajaan lancarkan program panggil balik profesional rakyat kita di luar negara untuk balik ke Malaysia kurang dapat sambutan.

Macam mana ya untuk sama-sama bantu menyumbang kepada membina satu bangsa berdaulat yang tinggi nilai moral dan kasih sayang sesama sendiri ya?

Hemmmm ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *