home Columns SEBARKAN GELOMBANG KASIH SAYANG

SEBARKAN GELOMBANG KASIH SAYANG

Hari ni rasa penat sangat … mungkin sebab non-stop sudah seminggu lebih. Semalam di Malaysian Institut of management dan hari ni di RTM interview program Jurnal Bes utk tayangan Rabu depan RTM1 jam 7.30 mlm bagi memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, menyebarkan gelombang kasih sayang dan nilai keprihatinan mengajak kita semua jomm jadi orang baik-baik.

Terima kasih Thirdforce KL yang ambik saya di airport dan bantu pergerakan saya setiap kali saya ke KL. Habis di RTM tadi terus pecut ke airport. Sampai KB safuan dan hariri ambik bawak balik Pasir Puteh. Kaki dah melecet teruk sebab banyak berjalan seminggu dua ni. Tak apalah … semoga setiap pengorbanan ini menjadi asbab kepada terbukanya hidayah dan berkembangnya gelombang untuk mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ke seluruh pelusuk dunia. Ada yang bertanya kenapa saya tidak di jemput bersama kerajaan negeri kelantan ke malam penghargaan NGO kelantan … sedangkan thirdforce terlibat secara langsung non-stop sudah hampir dua tahun membantu rakyat kelanran dan asnaf seluruh negara … beratus rumah asnaf kita baiki, bina, kita buat jeti, baiki infrastruktur, pakaian sekolah, bantuan bulanan sewa bot anak2 nak ke sekolah dsbg…
Semua orang tahu pekara ini .. update program bantuan bersepah kat facebook ini dan facebook thirdforce lain seluruh negara … tak ada benda nak sorok …
Basically jawapan saya ialah : sayapun tak tahu kenapa saya dan thirdforce tak di panggil dan saya sendiri tak sempat nak ambik tahu hal orang. Saya hanya fokus nak tolong orang susah je tak kira siapa di mana-mana sahaja. Saya dan thirdforce ni rasanya bukan kerajaan negeri saja tak panggil kerajaan pusatpun tak panggil utk sebaran majlis rasmi … kalau adapun beberapa kali sebelum ni surat sampai majlis dah lepas .. hahaha … kena sabotaj kot … maklumlah ramai NGO yg dipanggil dan ramai yang nak kedepan …
It’s ok dan sayapun rasanya tak berapa reti utk hadir majlis2 rasmi kena pakai baju batik, kena duduk sopan dan macam2 lagilah … saya tak reti .. hipokrit belaka tu … ramai lagi orang susah tak makan … tidur bawah jambatan dsbg … lagipun saya orang kampung je … tak reti … sungguh .. ! More than that … saya tak akan biarkan diri saya dan gelombang mengajak orang jadi orang baik-baik ini di pengaruhi oleh mana-mana elemen politik kepartian …buat masa sekarang nilahh kot … setidak-tidaknya sehingga satu tempoh akan datang … akan datang belum pasti …  Tak tahulah kalau Allah takdirkan saya jadi pemimpin masyarakat … aduhhhhh … Saya dan thirdforce tak ada kepentingan untuk apa-apa awards, mileage politik, populariti dsbg. Kita tak ada mintak apa2 geran kerajaanpun. Satu ringgit geran kerajaanpun tak pernah dapat. Tak ada satupun sukarelawan thirdforce orang kuat parti berjawatan dlm parti … ketua cawangan pun tak ada … Bila bersama thirdforce kita letak tepi semua agenda peribadi dan agenda politik kepartian.
Sapa2 nak bagi bantuan kita terima
Nak bagi hadiah atau apa2 award kita terima
Nak panggil untuk apa2 majlis … kita kalau free kita pergi
Nak sertai kita .. kita alu-alukan
Nak duduk di depan / diatas / mengetuai kerja2 kemanusian ni? Silakanlahhhh … kita tak nak …
Tapi kalau nak amanahkan pada kita sesuatu tugas dan tanggungjaqwab … tolong jangan ada apa2 maksud terselindung atau kepentingan peribadi … mileage politik kepartian dsbg.
Kita nak cari redha Allah sahaja …
Sebab ajak orang jadi baik itu sendiri adalah apa yang Islam suruh!
Sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Asr :-
” Berpesan-pesan dengan kebenaran … berpesan-pesan dengan kesabaran …”
Tak betul kita tegur TAK KIRA SIAPA sebab itu yg Allah suruh.
Masih ingat tahun lepas masa meeting dgn pihak berkuasa bilamana ramai NGO di panggil menjelang banjir hujung tahun lepas, kita di tanya berapa aset yg kita semua ada. Maka masing2 NGO cakaplah aset masing2 … bot ada berapa biji, dinghy ada berapa bijik dsbg. Bila thirdforce di tanya berapa aset yang kita ada … kita just jawab kita tak ada aset … sebab aset kita semua kita telah serah kepada asnaf dan wakil2 kita di lokasi yang di jangka berlaku banjir.
Walhal pada waktu itu kita ada lebih 30 dingy dan hampir 100 bot fibre yg kita agihkan keseluruh lokasi musibah … JPAM pun kita bagi bot last year … Jaket keselamatan beratus set kita agihkan … kita ada gambar orang hantar tenterapun agihkan set jaket keselamatan kepada budak2 sekolah nak naik bot yang mana ada tertulis “THIRDFORCE”.
Mana tentera dapat jaket yang kita agihkan tu wallahu’alam …
Sapa yang bagi kat tentera jaket keselamatan thirdforce tu … wallahu’alam …
Kita seronok sebab dapat sama2 bantu.
Kita tak dapat mileage tak apa …
Itulah yang saya ajarkan dan tekankan kepada sukarelawan thirdforce setiap hari.
Sentiasa fokus : CARI REDHA ALLAH BUKAN REDHA MAKHLUK.
Untuk apa pegang aset bnyk2 letak di depot atau di lokasi penyimpanan dan mendabik dada ada banyak bot dan enjin besar2? Tapi bila berlaku musibah lambat sampai ke lokasi … bukankah bagus kita serah terus kepada asnaf dan wakil2 kita di lokasi agar mereka dapat cepat selamatkan diri …
Sebab tulah mungkin thirdforce ni tak berapa popular di mata orang2 atas ni …
Tapi … kepada semua keluarga besar thirdforce …ikhlaskanlah niat kita … insyaAllah kita sangat popular di mata penghuni langit.
Rendahkan diri
Berlapang dada
Ikhlaskan niat
Bantu setakat mampu
Bukan untuk selesaikan masalah
Sekadar mengumpul bekalan akhirat
Wallahu’alammm …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *