home Volunteerism ASNAF PAK RAHIM

ASNAF PAK RAHIM

Masih ingat lagi Pak Rahim yang kisahnya jadi viral tahun lepas? Macam2 dugaan kita lalui sepanjang mengendalikan bantuan utk Pak Rahim ni. Pak Rahim mangsa keadaan hidup sebatang kara di tanah pusaka arwah ayahnya jauh di pedalaman kuala krai. Beliau yang di janjikan pelbagai bantuan oleh pelbagai pihak sebelum ini namun tak dapat apa2 …

Kita semua keluarga besar thirdforce telah sama2 bantu membina rumah untuk Pak Rahim setelah rumah beliau hilang dari peta dalam bah kuning 2014 dulu. 22hb November nanti Pak Rahim akan ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Ada dari kalangan kiita yang pakat2 sponsor hantar pak rahim ke Mekah.

Sayu hati mengenangkan rezeki Pak Rahim dan kemuliaan hati keluarga besar thirdforce. Saya bayangkan bagaimana nanti di hadapan kaabah Pak Rahim yang hidup serba dhaif manadah tangan memohon doa untuk kita semua … Meremang bulu roma … terasa sangat betapa makbulnya doa itu nanti …

Esok sukarelawan thirdforce akan bawa Pak Rahim dan seorang lagi asnaf ke klinik untuk injection imunisasi … lepas tu nak bawa pergi cari kain ihram dan keperluan ke tanah suci serba sedikit. Baju, jubah sehelai dua … insyaAllahh … Flight Pak Rahim akan naik flight dari KLIA ke Jeddah pukul 3 petang 22 November nanti. Saya tak boleh berada di sisi sebab ada kursus masa tu. Kepada mana keluarga besar thirdforce yang free pergilah ke KLIA ya … santuni beliau …

Jommm sahabat semua … Siapa tahu satu hari nanti kita keluarga besar thirdforce mampu menghantar ramai lagi asnaf ke tanah suci. Inilah saham akhirat kita … Jika di Brunei kerajaan yang hantar rakyatnya ke Mekah tak apalah mereka negara kecil rakyat tak ramai … di Malaysia kita keluarga besar thirdforce boleh juga lakukannya dengan izin Allah…

Tak mustahil insyaAllahh …
Jommm jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *