home Construction, Volunteerism VILLA SYURGA SABRI

VILLA SYURGA SABRI

Alhamdulillahh … pagi ini kita mulakan pembinaan Villa Syurga Sabri seorang pemuda OKU sejak dilahirkan yang tinggal di dalam rumah usang bersama seorang ibu tunggal yang makin uzur … lokasi di Kg Bunut Rendang, Pasir Puteh, Kelantan.

Kisahnya kita telah kongsikan minggu lepas bagaimana sukarnya si ibu untuk mengusung anak ini ke bilik air setiap hari. Terlalu banyak protokol dan birokrasi yang perlu di lalui menjadikan kes ini sangat memerlukan bantuan kita semua.

Contohnya .. untuk melayakkan bantuan rumah pemohon mesti ada beberapa orang anak bukan sorang je dan macam-macam lagilah. Sedangkan si ibu tak boleh nak tinggalkan anak yang cacat ini untuk keluar bekerja jauh …

Pernah dapat bantuan repair rumahpun kena pow pulak dengan kontraktor … rumah yang di biaiki di harapkan dapatlah bantu anak OKU ini mengesot ke bilik air tapi ianya tak jadi begitu … Tanpa ada nilai insan dalam hati maka rumah yang di baiki jadi tak bermakna …

Takpelah … kita bantu sikit sorang ya …

Bertahanlah si ibu
Bertahanlah si anak …

Kita keluarga besar thirdforce insyaAllah sama-sama bantu.
Setidak tidaknya dengan doa agar kalian sentiasa dalam rahmat Allah …

7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *