home Volunteerism VILLA SYURGA NENEK FATIMAH

VILLA SYURGA NENEK FATIMAH

Sejurus selesai bersama Pak Lah thirdforce petang ni bersama pegawai JKM mengunjungi seorang lagi asnaf OKU yang hidup seorang diri dalam pondok yang sangat uzur …

Nenek fatimah cacat sejak lahir… tidak pernah berkahwin dan hanya 2 orang adik beradik. beliau anak sulong dan kini tinggal dirumah sendiri yang dibina diatas tanah milik adik ipar…

Nenek fatimah kini berumur 63 tahun telah menetap dirumah tersebut sejak 30 tahun yang lalu … Keadaan rumah yang sangat uzur ini dengan keadaan nenek yang tak boleh berjalan di sebabkan kecacatan padi kakinya menjadikan kami semua terkedu dan tak boleh berkata kata.

Nenek penerima bantuan bulanana JKM tetapi tiada peruntukan untuk pembinaan rumah untuk kes asnaf sebatang kara seperti ini. Saya dengan ini melancarkan segera pembinaan Villa Syurga nenek fatimah di kampung tualang rendah bersempena hari jumaat yang mulia ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan sentiasa lindungi kita dalam rahmatnya insyaAllahh …

Jommm jadi orang baik-baik.

12 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *