Pengkalan Chepa: Keluarga besar the thirdforce dan pengasasnya hadir pada petang ini untuk sama-sama menunggu kepulangan pak rahim dari Mekah. suasana perkarangan balai ketibaan di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu begitu harmoni dan tidak sabar menanti
Jam 3.40 petang Pak Rahim selamat mendarat dan disambut dengan suasana yang hiba dan sayu sambil rasa bersyukur kerana memberi peluang kepada beliau mengerjakan umrah dan menjejak kaki di kota suci Mekah.
menurut abang Raja semasa menunggu Pak rahim selamat pulang dari mengerjakan umrah air mata ini akhirnya tumpah jua melihat susuk tubuh yang dulunya begitu dhaif dan hina di mata masyarakat tetapi dia tetamu Allah dan Insan pilihan Allah.
Tiada sesiapa tunggu beliau di airport, Di sebalik riuh rendah jemaah lain ditunggu oleh sanak saudara dan anak cucu.Hanya kitalah yg pak rahim ada dan kitalah keluarga beliau …