home Columns JIMAT KE IBS?

JIMAT KE IBS?

Ada sesetengah pihak mempersoalkan saya kenapa tidak guna IBS panel buat rumah untuk asnaf katanya lagi cepat dan jimat kos.

Ya ke?

Yang persoalkan itu rasanya tidak turun sendiri ke lokasi buat sendiri rumah guna IBS panel itu tapi cakap based on theory sahaja rasanya … let me explain.

Actually masa banjir dulu kita dah bina banyak buah rumah asnaf guna IBS panel ni, kita tengok sendiri ketahanan dan design serta kita tengok sendiri kesesuaianya dengan budaya, kesan psychology dan sebagainya.

Macam ni jelah, saya nak tanya balik. Kalau orang hendak bagi sebiji rumah untuk kita. Satu di buat dengan IBS panel satu lagi di buat dengan bata konkrit seperti rumah ibu tunggal warna kuning dalam post saya sebelum ni hari ni … yang mana satu kalian pilih?

Saya survey rata-rata kita hendak rumah bata konkrit. Orang yang normal semua hendak rumah bata konkrit. Hendak gantung gambar boleh, hendak pasang frame tingkap ready made dari mana-mana hardware mudah, kalau cermin nako pecah mudah ada ganti kat mana-mana hardware dan banyak lagilah … tidak seperti IBS panel yang ada banyak limitation.

Kita buat rumah asnaf ni pada mata kasar sahaja kita buat untuk asnaf tetapi hakikatnya ianya adalah persembahan kita kepada Allah. Tak baca ke kisah Habil dan Qabil serta persembahan mereka pada Allah?

Saya sangat tekankan kepada adik-adik sukarelawan supaya bagi yang terbaik setakat yang termampu kepada asnaf yang kita bantu sebab ianya adalah saham akhirat kita. Bukannya fikir hendak cepat siap, hendak jimat kos nak mudah dan sebagainya

Lagipun IBS panel ni siapa kata mudah dan cepat siap? Bukan semua tukang kampung boleh pasang IBS panel ni? Kalau kena hujan ribut dan banjir lagi macam mana? Semua itu kena fikir …

Rumah-rumah yang kita buat sekarang ni designnya modern dan kontemporari 2 minggu dah siap. Paling lama 3 minggu. Rumah complete ada bilik air, ruang tamu, bilik tidur dan sebagainya. Paling tinggi kos RM35k rumah 3 bilik 2 bilik air. Rumah yang biasa untuk asnaf anak tak ramai biasanya RM20k dah siap. Rumah cantik, berkualiti dan modern. Mekanisme dakwah penting dlm menghulurkan persahabatan dan mengajak asnaf kepada penghayatan nilai islam.

Dan kami ni bukannya sehari dua tapi dah hampir 2 tahun non-stop tidak berhenti lagi membina rumah-rumah mangsa banjir dan asnaf seluruh negara. Pastinya kami sudah kaji detail dari segenap aspek … sudah fully discussed dan buat SWOT analysis dah …

Sentiasa letak dalam fikiran kita iaitu bila kita membantu bantulah dengan sepenuh hati, ikhlaskan niat dan berilah yang terbaik. Sama macam orang berniaga kedai makan … masaklah macam kalian sendiri nak makan makanan tu … masaklah macam bapak mertua anda yang garang dan cerewet tu nak makan barulahhhh kedai makan akan laris …

Kita buat yang terbaik ya …
Selebihnya Allah pasti reward kita dengan perkara yang terbaik juga.

Wallahu’alam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *