home Columns PROGRAM KEROHANIAN SUKARELAWAN

PROGRAM KEROHANIAN SUKARELAWAN

Sejak dari pagi tadi hari ini sukarelawan thirdforce bertungkus lumus untuk program maulidurasul di masjid wakaf bunut.

Bermula dari persediaan khemah sehinggalah kepada acara ceramah semuanya kita terlibat.

Saya melihat perlunya juga adik-adik sukarelawan ini di libatkan dalam program kerohanian berasaskan kerja kemanusiaan bukannya “hoha hoha” berseronok bergembira dengan menggunakan platform kononnya hendak menolong orang miskin

Ramai yang sekarang ini nampak kerja menolong orang miskin ini satu platform untuk publisiti dan populariti. Semua hendak buat kerja
kemanusiaan ini. Baguslah tu. Itulah yang kita mahukan. Budaya tolong menolong ini perlu kita terapkan dan sebarkan.

67
sukarelawan thirdforce bertungkus lumus untuk program maulidurasul di masjid Wakaf Bunut.

Tetapi bukan bermakna matlamat menghalalkan cara. Buat program bantuan orang miskin tapi menyusahkan orang miskin hendak datang ambik bantuan dan sebagainya. Penuh protokol, birokrasi dan penipuan. Penuh hiburan dan penonjolan gaya hidup liar yang mana orang miskin tidak hendak semua tu. Mereka hendak makanpun tidak cukup, hendak beli keperluan sekolah anak-anak pun tidak tahu dekat mana nak cekau.

Lepas tu One shot sekali je bantu, Lepas itu tinggalkan asnaf itu terkapai-kapai hendak teruskan hidup.

Untuk itu lah maka hari ini kita libatkan adik-adik sukarelawan dalam 69program sambutan maulidurasul di sebuah masjid kampung. Di samping mengisi jiwa para sukarelawan dengan ilmu ianya mendekatkan diri para sukarelawan dengan  masyarakat kampung dan membina soft skill dan hubungan kemanusiaan dan ukhuwah mereka juga.

Terima kasih kepada keluarga besar thirdforce yang infaqkan kambing dan sumbangan untuk program bantuan thirdforce.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

Jangan lupa appointment kita dengan Allah malam ini seperti biasa pukul 3 pagi nanti ya.

InsyaAllahh …
Aminnn …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.