home Construction CAT RUMAH NEK FATIMAH

CAT RUMAH NEK FATIMAH

TUALANG RENDAH,SELISING: Sukarelawan thirdforce hari ni bertungkus lumus mengecat rumah asnaf OKU sebatang kara nenek Fatimah (mak mah) di Kg Tualang Rendah disebalik cuti umum pada hari ni.

Kita jangkakan sehari dua lagi rumah ini siap sepenuhnya. Perhatikanlah keadaan rumah lama Nenek ini. Di situlah beliau tinggal selama ni

Bayangkan betapa sukarnya nenek ini hendak ke bilik air di luar rumah dengan keadaan kakinya yang cacat …

Tidak mengapalah, nenek tidak perlu mengesot untuk ke tandas di luar rumah lagi seperti biasa sebab kita bina rumah baru ada tandas kat dalam.

Semoga Nenek Fatimah gembira di hujung usia di rumah baru yg kita bina hasil sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce.

Doakan ya. terima kasih semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *