home Construction PENDAWAIAN ELETRIK NEK FATIMAH

PENDAWAIAN ELETRIK NEK FATIMAH

Tualang Rendah: Hari ini di sebalik cuaca yang tidak menentu hujan yang sesekali lebat, adik-adik sukarelawan yang ramai diantaranya dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) memulakan kerja-kerja pendawaian eletrik di rumah 55baru Nenek Fatimah (Mak Mah) seorang warga emas Orang Kelainan Upaya (OKU) yang hidup sebatang kara.

Kita cuba siapkan secepat mungkin kerja-kerja pendawaian ini sebab rumah lama nenek sudah uzur sangat.

Berikanlah kata-kata inspirasi dan semangat untuk adik-adik sukarelawan yang berkerja tidak kira masa ini. Semoga Allah datangkan ramai lagi anak-anak muda seperti ini untuk bersama kita.

InsyaAllah …

54
memulakan kerja-kerja pendawaian letrik di rumah baru nenek fatimah (Mak Mah)

berikut antara komen-komen yang diberikan kepada adik-adik sukarelawan dan komen ini dipetik daripada Facebook Raja Shamri atau abang Raja. semoga kita terus bersemangat dan tetap istiqamah dalam membuat kerja baik. terima kasih kepada semua yang menyokong The 3rd Force.

“percayalah dik kerja sukarelawan yang adik-adik buat ni sebenarnya motivasi untuk kamu semua,pndg la nenek mah bygkan itu ibu kamu semua atau anggota keluarga kalian yang perlukan perhatian dan sentuhan kasih sayang dari semua,dengan cuaca yang telah di tentukan oleh pencipta ,kamulah pengubatnya,perasan terus berbakti pada yang memerlukan akan mmbuatkan kamu bahagia,,malaikat turut mndoakan atas kebaikan kamu“-Anisah Osman 

“Adik-adik lah harapan agama, bangsa dan negara. Istiqamah lah d atas jalan kebaikan. Penuhi masa muda dengan perkara yg bermanafaat kepada diri sendiri dan orang2 d sekeliling kita”.-Pauziah Ahmad 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *