home Third Force LAWAT MANGSA BANJIR

LAWAT MANGSA BANJIR

PASIR PUTEH: Pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin atau Abang Raja dan pasukan 3rd Force hari ini telah melakukan Lawatan ke pusat-pusat pemindahan banjir di Dewan Besar dan Dewan Bangunan SMK Kamil Pasir Puteh Kelantan sambil menyantuni sukarelawan dan adik-adik pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga pusat kesihatan yang rata-rata juga mendukung kerja-kerja kemanusiaan thirdforce.

Di pusat pemindahan banjir dewan besar SMK Kamil sahaja jumlah mangsa banjir mencecah 290 orang melibatkan 86 kelurga. info http://ebanjir.kelantan.gov.my/p_pmrpt04.php

“Air sudah semakin surut tetapi cuaca masih mendung
Kita doakan agar semuanya dalam keadaan terkawal”

di akhir lawatan Abang Raja di pusat pemindahan, beliau berpesan supaya ibubapa mengawasi anak-anak ketika banjir dan mengikut arahan daripada pihak berkuasa tempatan dan meminta orang ramai bertindak dengan lebih bijak dalam melakukan aktiviti ketika banjir.

“Jaga anak-anak kecil masing-masing. Anak-anak besar pun sama jugak,Macam pesta saya tengok dekat sesetengah tempat orang keluar main air macam tidak takut langsung dengan arus deras dan kenderaan berat yang bergerak.bertindak biar cerdik, Berpesta biar bertempat”-Raja Shamri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *