home Medical RAWATAN SUSULAN PAK LAH

RAWATAN SUSULAN PAK LAH

Sukarelawan thirdforce hari ini membantu membawa Pak Lah ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk mendapatkan rawatan susulan. Pak Lah sebelum Itu minta Hendak gunting rambut. Katanya hendak pikat nurse.. hehe⁠⁠⁠⁠

Kadang-kadang bila Pak Lah buat lawak macam ini jauh di sudut hati saya terdetik juga rasa bimbang sebab baru sahaja baru-baru ini beliau kritikal sangat sewaktu kita membawa ke HRPZ 2.

Pernah berlaku sebelum ini kepada saudara terdekat Allah bagi sakit tenat kemudia Allah bagi sembuh dan gembira sekejap sebelum pergi buat selama-lamanya.

Sama-sama kita doakan agar Allah permudahkan perjalanan hidup Pak Lah terutama dipenghujung usia sebegini, semoga sempatlah beliau merasa tinggal di rumah barunya dan merasi sedikit kasih sayang kita semua insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *