home Religion Berlumba-Lumba Membuat Amal Kebajikan

Berlumba-Lumba Membuat Amal Kebajikan

Allah berfirman yang bermaksud :“Wahai orang-orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal kebajikan, supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat..”  (al-Hajj : 77)

Kebajikan tidak hanya terbatas kepada keperluan kewangan dan kebendaan semata-mata, namun khidmat kebajikan perlulah merangkumi perkara yang berkaitan dengan sosial, emosi, budaya dan kemasyarakatan serta memenuhi keperluan semua peringkat usia.

Begitu juga kebajikan di dalam Islam. Walaupun yang digariskan di dalam ayat diatas hanyalah mentaati Allah, namun kebajikan yang diseru adalah merangkumi semua jenis amalan kebaikan.

Allah sendiri menyuruh kita supaya melakukan amalan kebajikan dan telah menjanjikan satu ganjaran yang setiap manusia idam-idamkan iaitu “berjaya di dunia dan di akhirat”, bahkan, nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah juga disuruh untuk melakukan kebajikan kepada umatnya.

Kebajikan tidak semestinya perlu dilaksanakan secara individu. Bahkan, bekerjasama dalam amalan kebajikan merupakan satu kewajipan.

Ini adalah kerana, tidak semua perkara dapat dilakukan secara individu dan ia perlu dilakukan secara berjemaah dengan sebab al-Quran menyarankan seperti firmanNya yang bermaksud :

“Hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan ketaqwaan” (al-Maidah : 2)                

Oleh itu, sama-samalah kita berganding bahu dalam melaksanakan 9 seruan Islam yang telah digariskan di dalam al-Quran dan hadis, iaitu :

  1. Berbuat kebajikan
  2. Bercakap mengenai kebajikan(kebaikan)
  3. Bersegera ke arah kebajikan
  4. Saling berlumba-lumba ke arah kebajikan
  5. Menyeru kepada kebajikan
  6. Menggalakkan kepada kebajikan
  7. Lakukan kebajikan walaupun kecil
  8. Berniat untuk melakukan kebajikan
  9. Mencela bagi orang yang mencegah kebajikan

“Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan(kebajikan) sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya..”  (al-Zalzalah : 7).

Sumber : kpipm64.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.