home Third Force AYUH BANGKIT ANAK MUDA!

AYUH BANGKIT ANAK MUDA!

 

Agama menuntut perjuanganmu

Belum masanya kita berehat

Ilmu perlu istiqamah dipertingkat

Moga menjadi bekalan perkongsian sekalian umat

Anak muda

Luruskan jalan juangmu

Sedarlah siapa idola utama

Jangan dibiarkan diri jahil sampai binasa

Hargai masa mudamu yang hanya sekali sahaja

itu adalah kata-kata semangat yang boleh diambil kepada semua anak muda diluar sana dan bertepatan dengan status terkini pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin yang memuat naik di Facebook miliknya tadi. menurut Raja Shamri perkhabaran terkini kemiskinan di Kemboja yang di hantar oleh sahabatnya Ali yang mengajar di sekolah islam kemboja menghantar gambar keadaan keluarga miskin di sana.

Tambahnya lagi, jauh di sudut hati ini Allah boleh tarik nikmat yang kita ada sekarang dan Malaysia juga boleh jadi begini jika kita lalai. melihat keadaan ini beliau menyeru kepada semua anak muda Malaysia untuk terus bangkit dari lamunan apla agar kita sama-sama menjaga keamanan Malaysia tercinta.

“Bangkitlah wahai anak-anak muda Malaysia, jadilah orang baik-baik kerana negara ini milik kalian, milik kita bersama dan hanya kebaikan yang mampu mempertahankan apa yang kita ada sekarang. Jommm jadi orang baik-baik”

oleh itu, ayuh anak muda semua, kita sama-sama bangkit daripada mainan dunia. Anak muda perjuangan ini pasti tidak mudah yang mungkin menuntut darah kerana syurga itu indah namun janganlah kau berputus asa yakin pada janji yang Maha Esa besarkan fikiran jiwamu, perbetulkan niatmu dan letakkan objektif jitu moga-moga syahid juga untukmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.