home Volunteerism Borong Sayur di Ayer Hitam – Catatan Baitus Solehah

Borong Sayur di Ayer Hitam – Catatan Baitus Solehah

Selesai urusan di Taman Ros, singgah Gerai Selera di Ayer Hitam. Turun kereta, terus ternampak nenek tua ini sedang berjual sayur sayur kampung di tepi jalan berhampiran tempat letak kereta. Melihat wajah tua, berpanas, mata nampak berselaput putih tentu kadar penglihatan sedikit terganggu.

Melihat sayur jualan, ada bunga kantan, kangkung parit, cekur, ubi cekur, cili api, daun turi, ubi keladi dan sayur batang keladi. Terus ambik semua sayur sayur kecuali cili api. Cili api tu boleh nenek jual lagi atau bawa balik, sayur hijau kalau disimpan pun akan layu akhirnya dan terbuang.

Berkali kali nenek mengucapkan ribuan terima kasih, mengucapkan syukur. Kami bayar harga sayur tu 2 kali ganda dari jualan biasa. Sebenarnya nak sedekah duit aja, namum memikirkan tidak mahu nenek itu terasa, kami beli sayur tu dengan harga berganda. Ini yang membuat nenek gembira, sayur habis dan rezeki lebih diperolehi.

Teladan, sekiranya jumpa penjual wargaemas begini, kita beli aja jualannya walaupun rasa tidak perlu sayur atau barang2nya, dengan niat sedekah. Sebenarnya kita dapat lakukan 2 in 1. Selepas sedekah kepada penjual, kita sedekah pulak sayur atau barang itu kepada orang lain.

Bukan selalu Allah nak buka dan beri peluang kita melakukan kebaikkan, suatu perkara yang Allah redha, tanda kita ini hamba Allah yang bersyukur. Kalau bila jumpa orang macam ini, hati kita berkata kata nak menjauh, tak nak membeli, itu suatu petanda kita menolak peluang melakukan kebaikkan. Lawan, dengan beli juga tak banyak, sikit pun takpe. Kita beli sebenarnya mendidik diri untuk bersikap pemurah. Jangan bimbang duit kita akan berkurang bila menolong orang.

Janji Allah benar…
Kita jangan terus sedekah tanpa membeli sebab kita taknak pulak mengajar orang itu jadi peminta. Ada orang akan terasa hatinya bila kita terus memberi tanpa membeli sebab orang itu rasa terhina kerana apa yang dia lakukan adalah mencari rezeki yang halal bukan meminta sedekah. Jagalah air muka mereka, maruah mereka. InsyaAllah jalan kehidupan kita akan terus dipermudahkan. Amin.

Admin Baitus Solehah,
Muna liza binti Ismail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.