home Construction SOLAT HAJAT RUMAH PAK LAH

SOLAT HAJAT RUMAH PAK LAH

SELISING: The 3rd Force secara rasminya telah menyerahkan rumah Pak Lah di Kg Sungai Durian, Selising. Rumah yang dibina hasil kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ini berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Pak Lah Semalam. Majlis penyerahan itu dibuat semalam dimana Abang Raja meluangkan masa untuk mengimami solat sunat hajat dan sedikit kenduri kesyukuran di rumah Mak Su yang menjaga Pak Lah.

Turut hadir dalam jamuan ringkas  semalam ialah wakil daripada UMK, wakil Thirdforce dan penduduk kampung. Jamuan ini sangat bermakna bagi semua yang terlibat dalam pembinaan rumah Pak Lah dan juga kepada Pak Lah sendiri.

Menurut pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin, beliau secara peribadi berasa bersyukur
dan berterima kasih kepada pihak UMK khasnya dan kepada semua pihak yang sama-sama membantu merealisasikan impian Pak Lah untuk tinggal di rumah baru. ujarnya lagi, impian ini tidak akan tercapai sekiranya Allah tidak hadirkan orang-orang yang mahu membeli saham akhirat dan menyatukan hati-hati orang baik-baik ini.

“pada Pagi ni(hari ini) insyaAllah Pak Lah yang dulunya tinggal bawah jambatan sebatang kara akan mula tinggal dalam sebuah rumah yang sempurna dengan tandas, kipas dan sebagainya. Tahniah adik2 dari UMK yg ramai juga mlm tadi bersama2 saya. Ada juga dari OUM. Kekalkan semangat keprihatinan sesama ini kita jadi orang baik2.”

semoga kerja  baik ini akan berterusan dan kerjasama yang terjalin dengan agensi-agensi akan terus kuat dibawah payung persaudaraan dan mengajar lebih ramai orang jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *