home Education TF BIAYAI TAMBANG BOT

TF BIAYAI TAMBANG BOT

TUMPAT: The 3rd Force Tumpat yang diketuai oleh ketua sektor kebajikan 3rd Force iaitu Kak Yong telah melunaskan bayaran tambang bot anak-anak sekolah yang tinggal di sekitar pulau di Tumpat. Mereka adalah anak-anak  dari keluarga miskin dan anak-anak  yatim.

Setiap tahun pihak 3rd Force membiayai tambang bot hampir 130 orang anak-anak prihatin ke sekolah dan asnaf  di sekitar Pulau Teluk Renjuna Tumpat. Ini semua hasil daripada sumbangan awam untuk menaja empat buat botman yang mana mereka ini adalah botman yang tetap dan bertanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anak-anak prihatin dan asnaf.

“Rata-rata yang kita bagi duit tajaan ibu bapa penjaga mereka sehingga tamat darjah 6 sahaja. Ada juga botman pun begitu. Tetapi sekarang bila kita sudah mula membantu menaja bayaran bot ibubapa penjaga sudah mula menampakkan perubahan.” Kak Yong

Umum mengetahui bahawa pengangkutan utama penduduk pulau ialah bot dan sampan. Kita begitu komitet membantu mereka. Anak-anak ini merupakan golongan yang kurang mampu dek kerana kemiskinan dan kerja yang tidak tetap.

Selain itu juga, botman 3rd force Pulau bukan sahaja bertanggungjawab membawa ank-anak prihatin kesekolah malah juga mengambil tanggungjawab menasihatkan dan sentiasa memberi peringatan kepada anak-anak prihatin yang mendapat tajaan bayaran bot dari 3rd force. Semuga jadi pelajar yg baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *