home Third Force WELCOME BACK SYAHMIN

WELCOME BACK SYAHMIN

KOTA BHARU: “BAGAI MATI HUDUP SEMULA” MUNGKIN ITU PERUMPAAN YANG TEPAT UNTUK MENCERITAKAN KISAH SEORANG REMAJA YANG DULUNYA PIHAK 3RD FORCE PERNAH BANTU YANG MANA BELIAU PERNAH KOMA SELAMA 90 HARI.

Adik Syahmin yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) Sungai Asap yang pernah disiarkn dalam info KISGM tahun lepas. Adik Syahmin pernah koma selama 90 hari selepas terlibat kemalangan motosikal depan Sekolah Sungai Asap. doktor pernah beritahu yang adik Syahmin akan lumpoh.

Tetapi dengan kekuatan semangat Adik Syahmin yang ingin pulih, dia kembali sihat dan menolak kata-kata doktor  yang mengatakan adik akan lumpoh. Dengan semangat adik, seluruh ahli keluarganya bersabar menjaga adik Syahmin sewaktu terlantar dikatil hospital selama 90 hari.

Keluarganya terpaksa berkampung di Hospital Kota Bharu kerana masalah kewangan jika berulang alik dari Sg Asap ke hrpz, sewaktu rombongan sy bersama team third force Gua Musang berkunjung ke rumah adik Syahmin, beliau masih terlantar ats katil dalam keadaan kaki masih ada besi. Ramai yang sudi membantu keluarga adik Syahmin dalam belanja membeli susu khas buat adik Syahmin, ada juga yang ingin membantu keluarga adik Syahmin untuk mendapatkan claim insuran dari kemalangan.

Kini adik Syahmin sudah kembali sihat dan boleh berjalan seperti sedia kala, saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang membantu keluarga adik syahmin, hanya Allah dapat membalas budi kalian.

Coretan: Nizamala third force Gua Musang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *