home Construction RUMAH ADIK ALIF SIAP

RUMAH ADIK ALIF SIAP

KUALA KRAI: Hari ini saat  yang dinantikan telah pun tiba dimana seorang anak yang, menghidap jantung berlubang secara rasminya boleh menarik nafas lega dimana rumahnya telah siap sepenuhnya hari ini. Adik alif yang tinggal di kg selanjur Laloh ini merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik

menurut pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin, rumah ini dibina hasil sumbangan orang ramai yang ingin membeli saham akhirat masing-masing. pembinaan rumah adik Alif ini mengambil masa kira-kira 7 bulan dan ketika pembinaan sedikit masalah yang dialami oleh tukang rumah dimana berlaku kemalangan kecil mengakibatkan pembinaan terbengkalai seketika.

“Rumah adik Alif sudah siap. Terima kasih kepada semua keluarga besar thirdforce yang telah membeli saham akhirat masing-masing di sini. Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya. ujarnya dalam laman Facebook milik nya sebentar tadi.

kisah adik Alif ini pernah pihak 3rd Force siarkan pada 23 april 2016 yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *