home Volunteerism VITARA DAN AMAL TEAM AGIH SUMBANGAN

VITARA DAN AMAL TEAM AGIH SUMBANGAN

Pasir Mas: “setiap ujian yang datang pasti akan ada hikmahnya” itulah kata-kata yang boleh mengambarkan kepahitan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir di sekitar Pasir Mas dan kemanisan selepas banjir berlaku dimana begitu ramai agensi-agensi, NGO-NGO datang membantu dan memberi sumbangan untuk meringan beban yang mangsa-mangsa banjir  alami.

The 3rd Force tidak ketinggalan juga menurut serta memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banji
r di Pasir Mas. wakil 3rd Force Pasir Mas dengan kerjasama Vitara Club Malaysia 4×4 dan Amal Team yang diketuai oleh saudara Zul telah mengangihkan sumbangan kepada asnaf-asnaf dan mangsa banjir di sekitar Pasir Mas.

“Alhamdullilah hari yang ke-2 Third Force bersama rakan-rakan dari Vitara Club Malaysia 4×4 dan amal team menyampaikan sumbangan untuk asnaf mangsa-mangsa banjir disekitar Pasir Mas..semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat meringankan mereka insha Allah.. ujarnya ketika ditemui di lokasi agihan.

Sumbangan berbentuk makanan keperluan harian di agihan dan sebanyak 65 bungkusan telah diberikan kepada mangsa. semua ini hasil daripada sumbangan daripada ahli-alhi kelab Vitara dan Amal Team yang mana mereka semua tidak lain tidak bukan hanya membeli saham akhirat masing-masing.

Menurut presiden kelab Vitara dan Amal Team, beliau begitu bersimpati diatas bencana banjir yang berlaku kepada negeri Kelantan khususnya di Pasir mas ini. “oleh itu kami berkumpul dan mengajak ahli-ahli kelab untuk turut serta memberi sumbangan ini dan alhamdulilah kita berjaya merealisasikan matlamat”.

Bagi pihak 3rd Force mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kerana turut serta dalam misi kemanusiaan ini dan berharap lebih ramai NGO-NGO dan kelab-kelab diluar sana menyatakan kebersamaan untuk menyebar gelombang jomm jadi orang baik baik ini.

Saya Zulkifli melaporkan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *