home Construction PROJEK VILLA SYURGA ANAK SOLEH SYUKRI

PROJEK VILLA SYURGA ANAK SOLEH SYUKRI

KUALA KRAI: Dalam sibuk sukarelawan membantu mereka yang memerlukan, siapa sangka sukarelawan kita juga daif tiada tempat berteduh. Dia mungkin segan untuk memberitahu saya tetapi akhirnya kita mendapat tahu keadaannya setelah mengunjungi rumah beliau.

itulah kisah sedih yang ramai tidak mengetahui dan di alami oleh Syukri,23tahun, yang merupakan anggota kontrak dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM )Kuala Krai. Beliau juga sukarelawan ThirdForce yang tinggal menumpang di rumah usang ini bersama dua orang tuanya.

Sudah setahun ibunya terlantar lumpuh sebelah badan. Ayahnya bekerja di kilang sawmill dengan gaji RM13 sehari. Elaun yang di terima dari tugasan kontrak bersama APM itulah yang beliau gunakan untuk membantu ayah dan ibunya yang uzur. Anak muda ini tidak keluar jauh ke kota untuk dapatkan kerja demi  menjaga si ibu yang uzur juga ayahnya yang seringkali tidak sihat.

Rumah yang mereka duduki sangat uzur dan dimiliki orang lain. Rumah ini juga katanya akan dirobohkan tidak lama lagi. oleh yang demikian pihak 3rd Force telah bersetuju diatas dasar kemanusiaan melancarkan projek villa syurga Syukri berkuat kuasa serta merta.

“Atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang, dengan nama Allah saya dengan ini melancarkan malam ini jugak PROJEK VILLA SYURGA ANAK SOLEH SYUKRI di Kuala Krai. ujar pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin.

Bantulah kami untuk bantu mereka. Semoga Allah berkati apa saja usaha kita dalam mendapatkan saham akhirat kita masing-masing. Sikit sorang saja selebihnya kita serah pada Allah.

PM ke inbox untuk bagaimana detail boleh membantu atau whatsapp Ali sukarelawan yang lead kes ini di 017-2428767

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *