home Columns SALING BERPESAN

SALING BERPESAN

Sebelum tidur sedikit pesanan untuk diri sendiri dan untuk kita semua. Bukan kerana saya ni bagus anda tak berapa bagus tapi kerana berpesan-pesan itu adalah suruhan Allah dan telinga saya lebih dekat dari mulut saya …

1. Teruskan berbuat baik biarpun ada yang kata macam-macam, tak ikhlaslah, nak menunjuk-nunjuk lah or whatever … sesungguhnya ikhlas ke apa ke hanya Allah yang tahu.

2. Hidup kita ini bukan untuk puaskan hati semua orang. Tak kiralah berapa bagus kita buat sesuatu pasti tetap ada yang tak suka .. ada saja yang tak kena. Kita tak boleh hidup untuk please everybody. Just do the right things and do them right. Teruskan mencipta kejayaan dan hidup gembira. Kegembiraan kita bukan depends on others. Kitalah yang bertanggungjawab untuk kegembiraan hidup kita.

3. Dengki dan tak puas hati dengan pencapaian orang lain, dengan apa yang orang lain ada dan sebagainya, itu adalah sifat-sifat yang dah ujud sejak zaman Habil Qabil lagi. Jadi maafkanlah orang yang ada perasaan begitu dengan kita. Sesungguhnya orang-orang yang sebegini hidup mereka tak tenang kerana hati mereka sentiasa sakit. Apa yang perlu kita buat adalah sentiasa elakkan dari terjebak dari berinteraksi dan berhujah dengan mereka. Sebab penyakit hati ni boleh berjangkit. Stay away from those people.

4. Sentiasa pastikan hidup dikelilingi unsur positif untuk kekal bertenaga. Komen negatif, ada unsur negatif, orang yang negatif, majlis-majlis yang negatif elakkanlah. Kalau whatsapp atau FB komen yang negatif tu delete je terus dan maafkanlah mereka. Kasihanilah mereka kerana memiliki hati yang sakit. Hidup kita akan gembira dan bertenaga. Kalau ada najis dalam rumah kita, kita buangkan dan bersihkan cepat-cepat. Jangan biarkan lama … kotor !!

5. Berhati-hati dengan pertikaian / arguements. Never argue because nobody ever wins an arguement. Sentiasalah cari persamaan bukan perbezaan. Raikan kejayaan orang lain. Sokong kerja baik yang orang lain buat. Ucap tahniah di atas pencapaian orang lain. Didik hati jadi zuhud dan merendah diri. Hati akan jadi bersih dan mudah menerima hidayah.

6. Elakkan prasangka buruk. Jangan sekali-kali menuduh orang berbuat baik itu sebagai nak menunjuk-nunjuk kerana sangat jelas dalam Quran Allah suruh kita berbuat baik samada sembunyi-sembunyi atau terang-terangan untuk memberi inspirasi kepada orang lain … ianya salah satu method dakwah. Jangan sekali mengutuk orang yang berbuat jahat melampau-lampau kerana siapa tahu satu hari dia bertaubat … syurga miliknya.

7. Berdiam diri seringkali lebih baik dari berkata-kata sesuatu yang kita tak pasti.

JOM JADI ORANG BAIK2.

Selamat malam Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *