home Construction PEMBINAAN RUMAH ADIK NAZIF SIAP

PEMBINAAN RUMAH ADIK NAZIF SIAP

JITRA, KEDAH: The 3rd Force  mendapat khabar gembira hari ini dimana rumah adik Nazif di Jitra sudah siap sepenuhnya. Rumah yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air ini disiapkan dengan kos RM35k tetapi proses pembinaan sedikit panjang sebab kita menggunakan tukang-tukang kampung ysng juga terpaksa mengerjakan sawah pada waktu-waktu tertentu.

Adik Nazif adalah kanak-kanak berusia 7 tahun pada tahun ni. Pada waktu kita mula-mula di pertemukan dengan beliau di IJN, kita sangat simpati dengan nasib beliau yang mana kedua kakinya terpaksa di potong di sebabkan berlaku komplikasi selepas melalui pembedahan jantung di IJN.

Sukarelawan Thirdforce menguruskan proses pengkebumian kedua belah kaki adik Nazif di KL, menemani kedua ibubapanya, membiayai penginapan dan makan minum mereka di KL sepanjang mereka di IJN dan sepanjang mereka melalui detik-detik sukar tersebut.

Keluarga malang ini akhirnya menerima kasih sayang kita semua setelah kita mengunjungi rumahnya di Jitra Kedah dan melihat kesukaran kekuarga ini tinggal di rumah yang di kongsi serta bilik air yang sangat sukar untuk di gunakan oleh adik Nazif.

Atas dasar kemanusiaan kita serahkan sepenuhnya kepada ayah adik nazif untuk membina macam manapun agar kita boleh sama-sama bina sebuah rumah untuk beliau.

Kita tidak sempatpun hendak pantau dan ziarah rumah ini sepanjang proses pembinaan. Semuanya atas dasar kepercayaan ..

Sesungguhnya bila iman diletakkan di tempat paling atas, maka semuanya di permudahkan Allah. Dengan kos yang rendah sama seperti rumah-rumah thirdforce yang lain, maka rumah adik Nazif juga dapat disiapkan tanpa pemantauan dan seliaan terus dari Thirdforce sebab kita belum ada Thirdforce kedah.

Maha suci Allah yang aturkan segalanya.

“Kita serahkan rumah ini terus untuk adik Nazif dan keluarga tanpa ada apa-apa perasmian dan majlis penyerahan. Kerana kita faham apa yang sebenarnya berlaku adalah kita sekadar sempurnakan amanah Allah dan membeli saham akhirat kita masing-masing.” ujar pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin dalan laman Facebook Miliknya.

Adik Nazif sudah ke sekolah darjah satu bermula januari 2017. Kerusi roda yang kita sama-sama bantu di gunakan untuk ke sekolah pastinya. Kita doakan agar anak ini sentiasa dlm rahmat Allah …

Pastinya ada banyak hikmah di sebalik semuanya ini.
Teruskan bersama saya dan beribu sukarelawan thirdforce di seluruh dunia.

Kita sebarkan gelombang mengajak orang ramai jommm jadi orang baik-baik …

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.