home Medical PAK LAH TENAT..

PAK LAH TENAT..

Kita mendapat perkhabaran atuk kita Pak Lah yang kita temui bawah jambatan dan kita sama-sama bina rumah untuknya kini dalam keadaan tenat … sukarelawan yang datang telah cuba untuk memujuk beliau ke hospital tetapi Pak Lah keliru … sesekali setuju sesekali tak …

Hari ini kita diberitahu beliau sepeti kebiruan dan mulut seperti berbuih. Tetapi lepas tu nampak reda. Keadaan seperti sedar tak sedar.

Paklah sudah 2 minggu lebih mendiami rumah baru yang sama-sama kita usahakan.

Doakan ya … jommm sama-sama sedekahkan doa dan Al-Fatihah agar Pak Lah diberikan segala kemudahan di hujung usianya ….

Berbahagialah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam kes ni. Datanglah ziarah Pak Lah jika hendak melihat dan rasai sendiri perasaan luar biasa bagaimana seorang tua sebatang kara tinggal di bawah jambatan yang akhirnya menerima kasih sayang seluruh rakyat Malaysia dihujung usia.

Hubungi Ali untuk update ya : 017-242 8767

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *