home Columns BUKU LOG KERJA

BUKU LOG KERJA

Pagi Ini masuk ofis setelah 2 minggu outstation, Atas meja dalam bilik tersusun buku-buku log catatan kerja-kerja yang di lakukan oleh fulltime sukarelawan untuk saya semak. Apa yang mereka buat, kemana mereka pergi, apa yang mereka temui, solution yang di buat dan sebagainya.

Jauh di sudut hati, Bagaimanakah agaknya bentuk buku amalan kita yang bakal di persembahkan pada Allah nanti … Pastinya tercatat segala-galanya …

Tiada yang boleh direka-reka atau tertinggal. Semuanya bakal di catat.

Saya melihat dan meneliti bagaimana adik-adik sukarelawan melaporkan, menulis dan berkongsi aktiviti mereka dalam buku log ini, pada masa yang sama saya melihat jauhhhhh ke dalam hati setiap dari mereka tentang amanah, kerja kuat, kerjasama, keajaiban yang mereka jumpa serta passion kepada saham-saham akhirat yang berada di sekeliling mereka.

Kerana saya bertanggungjawab satu hari nanti tentang buku-buku amalan mereka dan juga buku amalan saya …

Subhanallahhh … Jomm sertai saya dan thirdforce. Bertalaqi tentang ilmu untuk berjaya. Mempraktiskan apa yang di suruh Allah apa yang di pesan nabi … bukan sekadar laungan kuat di corong pembesar suara, di pentas-pentas ceramah dan di lensa kamera.

Jommm kita terjemahkan dengan perbuatan.
kita jadi orang baik-baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.