home Third Force ASNAF RAJIM

ASNAF RAJIM

INFO DARI CIKGU KAHAR DI SABAH :Alhamdulillah Tuhan mengizinkan dua program berlangsung hari ini untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.

masih ingat pakcik ni???

Nama pakcik ini RAJIM BIN KARIM yang beralamat di Kampung air Semporna…

pakcikni hidup susah bergantung harap pungut tin-tin buruk, besi buruk dan botol plastik dikumpul lalu djual untuk mendapatkan makan minum di usia senjanya. Beliau tinggal di pondok usang betul2 dtepi jalan di Kg Air Semporna. Di pondok buruk inilah pakcik Rajim tidur dan masak menggunakan kayu api..

Untuk pengetahuan sahabat2 semua..Kita telah membuat 3 kali lawatan drumah pakcikni untuk menghantar barangan keperluan dapur iaitu pada 18/12/2016, 24/12/2016 dan 27/1/2017.

Apa yang kita harapkan ialah saudara-saudara yang berada di Semporna dan pihak berwajib turun padang melihat serta mengurangkan beban pakcik ini…

Pakcik ni telah setahun memohon bantuan dari agensi berkaitan namun sudah setahun permohonan pakcik ini belum lagi diluluskan …
Tolonglah permudahkanla urusan pakcikni….

Terima kasih kepada adik-adik UMS dan USM yang turut serta membantu petang kemarin di semporna menghantar bantuan

JOM SAHABAT-SAHABAT KITA JADI ORANG BAIK-BAIK!!!

Untuk update program bantuan di Samporna hubungi saya Cikgu Kahar : 011- 1956 0583

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *