home Third Force KURSUS FOTOGRAFI DAN PENULISAN

KURSUS FOTOGRAFI DAN PENULISAN

Training Photografi dan Penulisan THIRDFORCE

laporan oleh  Hariri,

AHAD 29 Januari, Kursus photografi dan penulisan telah diadakan di Pejabat Golden Minds Groups di Pasir Puteh.

Latfy Anuar Latif atau lebih mesra dipanggil Abang Latfy dijemput untuk memberikan kursus photografi dan penulisan kepada lebih dari 10 orang sukarelawan THIRDFORCE yang terlibat dalam kursus pada hari ini.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada sekarelawan tentang prinsip asas photography dan penulisan serta impaknya kepada maklumat yang akan kepada masyarakat.

#kursus photografi

laporan oleh: Safuan

Pada hari ini para sukarelawan kita di sekitar Pasir Puteh telah dedahkan dengan kursus fotografi dan penulisan. Kursus tersebut berlangsung di pejabat Golden Minds.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi panduan sebenar kepada sukarelawan cara-cara atau format yang betul semasa mengambil gambar, serta menulis penceritaan yang menarik berdasarkan fakta-fakta yang sebenar tentang sesuatu kes.

Kursus seperti ini perlu diadakan kerana kelemahan, kesilapan dan penceritaan sukarelawan 3rd Force berkaitan sesuatu kes itu tidak sampai ke hati masyarakat yang mengikuti FB Raja Shamri.

Semoga usaha-usaha yang kita jalankan ini dapat membantu sedikit sebanyak para sukarelawan kita dalam menceritakan sesuatu kes yang akan kita bantu nanti, serta menarik perhatian orang ramai lebih lagi untuk bersama-sama dalam kerja baik ini.

Insya Allah.

#jommjadiorangbaikbaik

Latihan Penulisan dan Fotografi

laporan oleh: Iwe

29 Januari 2017, program latihan penulisan dan fotografi dilaksanakan di bilik mesyuarat Golden Minds Group.

Latihan ini disampai oleh saudara Latfy dengan gaya yang bersahaja menambahkan lagi minat untuk peserta menulis sesuatu artikel yang sangat bermakna. Pelbagai maklumat disampaikan seperti teknik-teknik menulis dengan cara yang betul.

Didapati 13 orang peserta program yang hadir.

Pelbagai input yang bermanfaat diperolehi. Teknik-teknik asas penulisan diajar dan dipraktikan semasa program berlangsung.

Antara input penting yang diperolehi adalah bagaimana kita menterjemah gambar yang diambil kedalam satu bentuk penceritan yang lagi berkesan.

Kursus Fotografi dan penulisan.

laporan oleh: Ramadan

29 Januari 2017, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang telah diadakan kursus fotografi dan penulisan di Bilik Mesyuarat pejabat Golden Minds Pasir Puteh.

Seramai 12 orang sukarelawan THIRDFORCE hadir dalam kursus ini.

Kursus Fotografi dan penulisan ini perlu untuk meningkatkan kemahiran melaporan sesuatu berita supaya mesej yang disampaikan adalah tepat dan padat.

Dengan adanya kursus ini, setiap peserta yang hadir mampu mengenalpasti kelebihan dan kekurangan serta cara penulisan yang baik.

Kursus ini akan diteruskan lagi supaya lebih ramai sukarelawan THIRDFORCE dapat hadir seterusnya visi dan misi yang ditetapkan dapat dilaksanakan.

#Jommjadiorangbaikbaik

laporan oleh: Hafiz

Pada 29 Januari 2017, bermula jam 9.30 pagi, saya Hafiz telah tiba di pejabat Golden Mind bagi menghadiri Kursus Cerita Bergambar Dan Tulisan.

Seramai lebih 12 orang lebih peserta sukarelawan THIRDFORCE turut hadir ke pejabat Golden Mind bagi menjayakan kursus ini supaya berjalan dengan lancar.

Pelbagai pendedahan teknik yang dipelajari dengan mengikuti kursus ini supaya berita yang disampaikan dapat memberikan impak yang positif dan info yang berguna kepada orang ramai.

#JOM JADI ORANG BAIK- BAIK

Latihan Fotografi dan Format Laporan Aktiviti

laporan oleh: Yoe

Golden Minds Consultant telah menganjurkan satu bengkel fotografi dan panduan menulis laporan buat sukarelawan Thirdforce bagi mendedahkan tatacara dan panduan dalam perkongsiaan penceritaan yang lebih sempurna dan terkesan kepada komuniti dalam sama-sama menyokong misi kemanusiaan ini.

Ekoran daripada kerja-kerja sukarelawan yang sedang giat aktif dalam persekitaran sosio kita, adalah lebih bagus bagi mereka yang terlibat mencoretkan perkongsian perjalanan mereka seharian yang penuh dengan pelbagai penceritaan. Justeru itu, masyarakat yang membaca penulisan dan melihat foto perkongsiaan perjalanan mereka bersama asnaf secara tidak langsung turut terasa bersama dan timbul keinginan yang tinggi dalam melibatkan diri dan keluarga dalam misi bantuan kemanusiaan ini.

Terima kasih buat saudara Latfy dan Golden Minds Consultant memberi kami ruang dan peluang dalam perkongsiaan panduan yang sangat berguna dan bermanfaat buat kami sukarelawan jadiakan ia sebagai pand
uan bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan ini.

#jomjadiorangbaikbaik

laporan oleh: Ali

19 Januari 2019, Seramai 13 orang sukarelawan The Third Force menyertai program kursus fotografi dan penulisan yang dianjurkan di pejabat Golden Minds Consultant, Pasir Puteh.

Program yang berlangsung bermula 9 pagi hingga 5 petang itu padat dengan pengisian yang berguna daripada saudara Latfi Latif, pakar dalam bidang fotografi Dan penulisan.

“Kursus-kursus sebegini amat penting kepada sukarelawan kita supaya semua sukarelawan dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada orang ramai” kata Abang Raja, pengasas the Third Force.

laporan oleh: Adi

Hari ini para sukarelawan Thirdforce mengikuti kursus latihan photografi dan penulisan yang di kendalikan oleh Abang Latfy seorang pakar dalam bidang photografi bertempat di bilik menyuarat Goldenmind Consultant.

Kursus ini di hadiri seramai 13 orang sukarelawan yang bertugas di lapangan dari pelbagai Daerah.Kursus ini amat penting bagi melatih para sukarelawan supaya bijak dan kemas dalam menyampaikan pekongsian maklumat agar bertepatan dan sampai maklumat dan fakta yang berkaitan dengan gambar yang di ambil,sejurusnya boleh meningkatkan mutu kerja-kerja sukarelawan yang bertugas di lapangan khususnya dalam bidang Multimedia dan Penulisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *