home Columns ALANGKAH RUGINYA JIKA…

ALANGKAH RUGINYA JIKA…

Salam semua dan selamat pagi …

Hari ni 1 Februari 2017 bermakna sudah sebulan berlalunya tahun 2017. Pantas betul masa berlalu. Begitulah kita rasa dan lihat betapa lajunya masa beredar sehari demi sehari.

Dalam kepantasan peredaran masa seperti sekarang alangkah ruginya jika kita membiarkan ianya berlalu seperti itu saja tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah untuk diri dan juga orang di sekeliling kita.

Kita seringkali dalam melihat melihat kesilapan dan kelemahan dalam diri orang lain tanpa melihat juga kelemahan diri kita. Seawal pagi kita melihat kelemahan diri isteri / suami … kita melihat kesilapan anak-anak, sewaktu menghantar anak ke sekolah kita melihat kelemahan dan kesilapan jaga sekolah, on the way ofis kita melihat kelemahan dan kesilapan pemandu lain, di pejabat macam2 salah orang kita nampak.

Kita menjadi seolah-olah begitu ‘perfectionist’ melihat kesalahan orang tanpa terdetikpun di hati kita juga ada kelemahan dan kesilapan.

Lebih buruk lagi kita tak mengaku dan sukar untuk menerima kelemahan dan kesilapan kita bila di tegur. Kita cepat melenting dan panas hati serta berdendam. Kita jadi tak tenteram. Hati kita sentiasa sakit … sentiasa berprasangka …

Wajah kita juga kelihatan kusam.
Pelbagai penyakit sudah mula datang.
Kita tak gembira. Kawanpun tak ramai.
Orang masjid pun tak berapa rapat dengan kita.
Ibadat kita sekadar solat 5 waktu yang sering kali di lakukan di lewat waktu …

Kenapa kita jadi begini ya?

Ianya tak lain berpunca dari hati kita yang sakit dan kotor. Hati yang bersih yang di penuhi kasih sayang sesama insan dan kemaafan akan melihat apa saja yg berlaku di depan mereka sebagai titik hubung (dot of connection) antara diri dan juga Yang Maha Pencipta.

Ada bnyk titik penghubung di sekeliling kita setiap hari yang Allah ujudkan agar kita sentiasa berhubung dengan Allah, mengaitkan setiap sesuatu dengan Allah, meletakkan penyerahan sepenuhnya atas segala usaha kepada Allah, memohon kesembuhan dan penyelesaian kepada kebuntuan kepada Allah, memaafkan kesilapan orang kerana tahu sifat makhkuk yg tak sempurnakan melainkan Allah dan sebagainya.

Untuk mengenali titik penghubung ini sekali lagi ianya berkait dengan hati kita … hati yang bersih akan memberi kita kebolehan untuk melihat titik penghubung yang ada di sekeliling kita ini. Hati yang baik dan kudus pula mampu meletakkan kaitan antara satu titik penghubung dengan titik penghubung yang lain. Ianya seolah-olah seperti inter-connected antara satu sama lain.

Kita akan melihat bahawa setiap kejadian yg berlaku adalah bersebab yang mana tujuannya adalah untuk membawa kita kepada ketakwaan dan penyerahan segala urusan kita, kesedihan, kegembiraan, kejayaan dan kegagalan, apa saja urusan kita kepada Allah semata mata.

Hidup jadi sangat tenang dengan keyakinan yg tinggi Allah sedang melihat dan sentiasa ada di sisi.

Kenapa perlu cemas? Tak perlu cemas …
Senyumlahhh …

Kerana bila kita menyertai The Thirdforce itu bermakna kita memilih untuk membersihkan hati kita melalui kerja2 kemanusiaan ini. Hati yang bersih dan kudus pastinya akan menjadikan kita dekat dengan Allah apabila kita sentiasa mengenalpasti titik penghubung antara kita dengan yang maha esa.

Bersihkan hati kita.

Sertailah gelombang mengajak orang ramai jadi orang baik-baik ini. Bantulah dengan kepakaran, ilmu dan apa saja yang mampu.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

#jomjadiorangbaikbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.