home Third Force APA SALAH MEREKA?

APA SALAH MEREKA?

KUALA LIPIS- 30 Jan 2017, Keluarga ini sangat-sangat memerlukan sebuah rumah @ rumah transit sementara untuk tempat mereka hendak berteduh kerana rumah yang mereka duduki hampir nak runtuh setelah dibadai bah kuning 2014 dan banjir 2017 yang terkini menambahkan lagi sengsara mereka.

Buat masa sekarang rumah ini tidak selamat untuk diduduki kerana strukturnya yang senget dan tunggu masa untuk roboh..

Rumah ini didiami seorang nenek yang dah lanjut usia beserta anak dan menantunya yang juga ada bayi berusia 2 bulan..

Kita tidak berani nak dedahkan lokasi dan maklumat detail kepada umum kerana lokasi ini dan environment politik di sini sangat tak sihat menjadikan kita rasa sangat terancam. Cukuplah sekadar nak berkongsi bahawa ada mangsa banjir 2014 yang tak dibantu tak tahu kenapa dan kena lagi banjir 2017 menjadikan keadaan mereka bertambah teruk.

Saya masih fikir bagaimana kita boleh sama-sama bantu senyap-senyap agar sukarelawan kita tidak di ancam dan dikatakan yang bukan-bukan oleh ketua kampung dan segelintir ekstrimis politik termasuk YB berkaitan di sebabkan kelemahan sistem kepimpinan terbawah.

Sukarelawan kita pernah ada pengalaman pahit dalam situasi ini dan kita tidak mahu nyawa dan keselamatan kita di tukar ganti semata mata nak bantu keluarga ini sebab kita selama-lamnya tidak akan menang.

Lagipun abangraja selalu pesan jangan cari salah sesiapa sebaliknya utamakan membantu secepat mungkin … untuk itu kita tak bercadang nak bagi tahu lokasi dan maklumat keluarga ini. Biarlah kita bantu senyap-senyap …

“Masa kita pergi ziarah tadi pun dia orang duduk bawah khemah sahaja.. kalau tengok keadaan rumah memg teruk tak taulah macam mana nasib hidup mrka lepas ni”.

Allahuakhbar.
Maafkan saya
Maafkanlah semua …

Abangraja dan kekuarga besar thirdforce doakan saya ya.

Saya Zul melaporkan.
Dari Lipis Pahang.
30 Januari 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.